Rambut Keguguran Bila Anak Meningkat Besar


Hai korang. Aku tengah tension ni. Makin geram bila tengah sikat rambut, rambut banyak lak gugurnye. Memang setiap kali lepas berpantang mesti jadi macam ni. Mungkin urat urat rambut ni jadi lemah agaknya. Orang dulu dulu kata, kalau anak mula meleleh air liur, mak mesti keguguran rambut. Tapi entah betul ke tak entah. Mak aku cakap semua tu tahyul, mengarut je. Hurm...Aku berbulu je bile tengok rambut aku ade je kat mana mana. Kekadang melekat kat kepala anak aku. Aik!!? Boleh lak die merayap ye. Normal ke idak ni???


Sebenarnya, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan.
Rambut mengalami fasa pertumbuhan dan fasa ‘rehat’ iaitu bila rambut kekal di kulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Oleh itu, keguguran rambut sebenarnya normal.
Cuma, bagi ibu yang lepas bersalin, keguguran rambut adalah lebih ketara kerana:

Hormon semasa mengandung menyebabkan rambut mengalami fasa pertumbuhan yang ketara. Apabila bersalin, rambut mengalami fasa ‘rehat’ dan sebagai memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru, lebih banyak rambut asal semasa mengandung akan gugur.

Kurang rehat, mungkin kerana menjaga bayi yang baru lahir.

Kurang vitamin seperti zinc dan protein.
Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ni berlaku dalam 2-3 bulan selepas bersalin, sama fasa dengan bayi mula menyembur air liur.

Apa perlu dibuat sekiranya menghadapi masalah rambut gugur selepas bersalin?

Tukar syampu kepada yang lebih rendah kandungan bahan kimia atau yang berasaskan organik, dan gunakan perapi dari sumber yang sama.

Tukar sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambut dan kulit kepala.

Mengambil supplement yang mengandungi multivitamin dan mineral, zinc dan protein.

Minum air secukupnya.


Tidur dan rehat yang cukup serta jauhi stress.

Sepatunya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mula memasuki usia 1 tahun. Namun, sekiranya keadaan berterusan, sila dapatkan khidmat nasihat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh  jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

Ps : Ape boleh buat...bersabar dan kena la jaga kepala ni bebaik. Ye dok??


Comments

  1. sy sampai skang rambut still gugur lagik..hari2 camtu..syampu mcm2 dah tuka..sib baek laa rambut sy ni lebat..so tak nampak sgt laa..sikat pon kat bilik air jek..klau dlm bilik memang sepah2..tak kuasa dah..

    ReplyDelete
  2. Hehe. Same la tu, saye pun sikat dlm bilik air je. Klu tak, mane2 ade rambut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi