Posts

Showing posts from April, 2015

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Image
Assalamualaikum... Tergerak hati nak berkongsi pengalaman aku sendiri. Disebabkan sebelum ni aku sendiri pernah search pasal pengalaman orang lain. So, aku pun nak kongsi sama. Mana tahu korang pun mengalami pengalaman ni sama macam aku. Well...firstly, aku tak tahu pun aku mengandung. Coz aku baru jer stop makan pil perancang hujung bulan NOV tahun lepas. Dan memang aku dan suami ada planning untuk dapat baby lagi. Agak terkejut sikit sebab terlalu awal untuk laksanakan plan tu. Hurm... Pada bulan JAN 2015, aku tak tahu pun aku mengandung. Tanda tanda mabuk nak muntah tu tak ada pun. So, aku tak expect yang aku hamil. Cuma period tu la yang lambat dan aku jadi sesangat risau. Pada awal FEB 2015, aku sekeluarga pergi langkawi. Masa kat langkawi badan aku cepat penat, dan emosi aku senang sangat terganggu. Kekadang, malam malam aku ni asyik rasa nak makan dan siap minta suami belikan keropok leko. Tapi tak dapat pun. huhuhu... Selepas seminggu balik dari langkawi. Aku buat che

Rezeki Lebih Tahu 'Alamat' Tuannya

Image
Pada satu hari saya dijemput menghadiri suatu jamuan. Oleh kerana ada janji temu sebelumnya, saya terpaksa menolak jemputan itu. Namun, apabila pulang ke rumah terdapat sebungkus makanan di atas meja. Dikhabarkan ia dihantar oleh orang yang menjemput tadi. Apa lagi yang mahu saya katakan? Begitulah, apabila sudah rezeki, memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah. Tidak Pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya. Mengapa? Kerana sesungguhnya rezeki itu sudah ditakdirkan dari langit. Pun begitu, bukan semua rezeki yang ditakdirkan pada kita itu adalah rezeki halal. Disana ada rezeki yang halal juga yang haram. Ada rezeki yang baik dan sebaliknya. Di sinilah ujian untuk kita. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. (Al-Baqarah 2: 57)