Posts

Showing posts from March, 2013

Cuti Sekolah Dah Dekat

Image
بسم الله الرحمن الرحيم
Hai readers. Jangan terkejut dengan segmen dan contest yang aku join tu. Anggap je takde pape. Hahahaha. Gila kau! Aku mana boleh tengok je orang buat segmen ni. Siap bagi bagi hadiah lagi. Aku mesti join punya. Dah tu bukan sorang dua je yang buat, tapi ramai. Itu yang aku busy dengan post segmen je, sampai story pasal family aku pun dah tak sempat nak update. Teruk teruk.

Cuti sekolah dah dekat. Minggu depan aku balik rumah mak mertua kat Segamat, Johor. Semua adik beradik suami balik sana dengan anak anak diorang. Aku pun tak sabar nak jumpa orang sana, dah lama sangat tak balik jenguk mak dan abah. Rindu rasenya.
So, korang pulak plan ke mana cuti sekolah ni? Tapi yang terpaksa bekerja tu, aku tak boleh la nak cakap ape. Cuma keje elok elok dan sabar jelah. huhuhu.. Takpe, yang penting rezeki halal. Dapat gaji pun lebih la sikit kalau ambil OT. Kan kan kan?
Oklah guys. My hubby dah tegur tu. hihihi. Lain kali aku post la lagi ye. Jumpa lagi lain kali. Daa..…

No Motif

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Selamat petang readers.  Sekarang ni aku kat rumah mak di Jeram. Cuaca agak panas. Rase macam tak tahan je aku ni, terasa duduk dalam oven. Kira aku ni melakukan sauna kat rumah la, bermandi peluh je. Mau menggelegak air ketumban aku ni. hahahaha~ *mula la mengarut aku ni.


Motif post ni sebenarnya takde papepun. aku saje saje taip. Rase macam dah lame sangat menyepikan diri. Sibuk mencari skin untuk blog ni. Agak susah jugak nak cari skin yang jenis wide punye. Walaupun taip tak banyak, tapi aku lebih selesa kalau post aku luas. Baru best membaca. Tapi skin aku sekarang ni takde sidebar pula untuk para para readers senang tengok. Kan? *kesian korang.

Gambar anak aku ni sekadar mencuci mate korang je. Setiap kali amik gambar die, tak pernahnye nak pandai camera. Asyik nak mengelat aje, pastu julur lidah. Geram aku. Oklah, berpeluh peluh aku menaip post ni. Macam baru lepas lari 400meter. Dapat mandi sungai mesti best ni. Alaihai~ So, have a nice day guyz. Bubye. Wa…

Sabtu di Beranang - Rumah Nenek

Image
Assalammualaikum. Selamat malam guys. Malam ni aku baru dapat kongsi cerita sikit dengan korang. Coz, kemarin my hubby sibuk dengan download cerita Luffy die tu. *padahal aku pun minat juga.

Here u go..praggy mommy kat depan pintu rumah nenek. *apelah mak orang ni So, kami di Beranang sabtu lepas. Dengan mak abah, along kak long dan keluarga aku.

Mak kate, nenek sedih coz takde yang datang lawat die lepas die balik dari Mekah. Biase la kan...orang tua ni jiwa diorang lembut. Lagi lagi baru balik dari umrah ni, lagi la cepat sungguh tersentuh hati.

Hahahaha~ Tengok la muka anak aku tu. Geli hati aku di buatnye. Asal nak amik gambar die je, mesti die akan buat muka macam tu. Tapi jangan tengok Mr.Hubby aku, muka macam nak marah je. *cuaca panas mase ni, tu yang berkerut dahi.

Lepas balik dari rumah nenek, kami semua singgah kejap di rumah Pak Long. Keluarga pak long aku duduk kat Saujana kajang. Kira dekat jelah dengan rumah aku. Bile bile aku boleh je nak lawat, cuma busy dan rajin atau …

Selamat Malam

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalammualaikum guys.
Malam ni agak sedih sikit.  Coz aku baru lepas tengok cerita Lagenda Budak Setan 2 (Katerina).
Gile touching~
Sedih betul.  Korang dah tengok ke?
Kalau belum, boleh la cari kat Youtube.
Oklah, aku saje nak bagitau tu je.
hahaha~
Dah, korang dah boleh gi tidur. Selamat malam.
Semoga mimpi mimpi indah.
Bubye..Wasalam~