Doa Mengatasi Perasaan Marah



Kekadang kat rumah ni pun ade jugak rase stress. Bila anak kecik kecik ni, banyak benda diorang nak buat. Tu sebab lahirnya perasaan marah, mula la nak jerit dan melenting. Tapi alhamdulillah, aku cepat tersedar. Astagfirullahalazim.

So...
Sifat marah ini amatlah tidak baik ye tuan-tuan puan-puan. Bila kita marah, kita akan bergaduh dengan orang sekeliling kita. Bila kita memusuhi orang sekeliling kita, syaitan akan bersorak-sorai sebab dia dah berjaya pecah-belahkan umat Islam. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat ape sangat pun, tapi bila iman kita tak kukuh, benda kecik pun boleh jadi besar.

Maka semua pembacaku, dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak.. marilah kita sama-sama hindari marah… Ye memang susah.. aku tahu, even aku yang panas baran dan sensitif ni pun amat susah nak kawal kemarahan. Tapi alhamdulillah ada sesetengah benda yang aku masih boleh kawal bila rasa nak marah… Walaupun benda tu nampak kecik dan tidak bawak perubahan yang besar, but AT LEAST kita cuba okay. So try take the FIRST STEP!

SEDIKIT PERKONGSIAN UNTUK SEMUA… DAN JUGA UNTUK PERINGATAN DIRI SENDIRI :


Sayyidatina Aisyah menceritakan;

"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ

Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.

(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari syaitan).

~ Riwayat Ibnus Sunni رحمه الله

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya