Posts

Showing posts with the label Kisah Bonda

Anniversary ke 6tahun

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, harini aku dapat lagi update blog ni... walaupun ambil masa yang amat panjang. Huhuhu... Well, keadaan sangat2 tidak mengizinkan. Lagi2 bila anak2 dah mula kerap meragam dan jadual tidur si kembar pun dah mula bertukar.. Aku sebenarnya nak story pasal kembar, tetapi memandangkan harini anniversary aku...so, aku hold dulu la ye.. hahaha... (Entah bila nak story pasal kembar pun aku tak tahu..) Tak sangka kan...masa tu berlalu cepat sangat. Tahu2 je dah 6tahun dengan suami. Anak pun dah 4 orang. Em...umur pun makin lanjut...kematian pun makin hampir. Even though aku sendiri tak tahu bila kematian tu menjemput aku. Hanya DIA je yang tahu. Apa2 pun, aku bersyukur sangat memiliki suami yang selalu bertolak ansur walaupun banyak noo membebelnye...kalah aku.. hahaha.. Sangat rajin buat kerja rumah..masak pun sedap.. Ape lagi yang aku harap kan?? Semua cukup... Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah... Kerna meminjamkan aku seorang suami yang mampu melengk...

Berabad Rasanya

Image
Assalamualaikum. Terasa berabad aku tak menulis or update blog ni. Padahal aku bukan buat apepun kat rumah. Tapi yang pasti, bukan ade orang pun nak lawat blog aku ni. kan? hehe.. Well, sebenarnya aku ada banyak benda nak cerita. Tapi tahap kemalasan aku tu mencapai tahap maksima paling tertingi. So, ape yang jadi pada blog aku? Tempat menyimpan habuk semata mata. hee..  Time anak anak tido la baru aku dapat nak taip harini, kalau tak biasa aku pun tido sekali. Nak buat macam mana rutin anak anak memang ghitu. Aku pun sekarang ni pun dah berisi kembali. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Esok, cukuplah 11minggu. Hope my babies sihat walafiat. Oh, sepatutnye semalam aku kena buat buku merah. Tapi disebabkan selangor menang, maka klinik pun tutup. Padan muka aku. Hahahaha.... Tak pasal pasal aku kena gi klinik lagi sekali harini. Tu pun aku kena isi butiran pada buku jer. Rabu depan baru oppoiment sebenarnye. Takpelah..aku ok jer kalau nak beratur pepagi. Cuma ke...

Melayan Karenah Anak-Anak

Image
Assalamualaikum.. Rasa macam terlalu lama tak update blog ni dan dah mula slow silent dah aku dengan blog ni. Makin anak anak membesar, makin kurang rasenye aku ngadap lappy. Well, dengan lappy yang tak berape menarik perhatian aku. Rosak sana, rosak sini. huhuhu... (Banyak pulak songeh aku.) Sepanjang tahun 2015 ni macam macam peristiwa yang berlaku. Malah aku pun tak sempat nak update and story pada korang semua. Even sekarang ni, anak aku dok sibuk ngendeng sebelah aku. Pastu, hilang segala idea dalam kepala ni. hahaha... Aku pun bukan ada kerjaya, aku cuma surirumah setiap masa. Banyak masa aku dengan family jer. Tu sebab aku ni garang macam singa. Stress di rumah ni lain kalau di bandingkan stress di office. Kan? Tu sebab jadi Bonda ni tangungjawab besar sangat. Lagi2 karenah anak anak semua berlainan. Buat masa ni Addin dah tak masuk kelas pertuturan di H.Ampang. InsyaAllah kami akan masukan Addin ke Tadika atau tempat asuhan. Sebenarnya, anak aku yang sulung...

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Image
Assalamualaikum... Tergerak hati nak berkongsi pengalaman aku sendiri. Disebabkan sebelum ni aku sendiri pernah search pasal pengalaman orang lain. So, aku pun nak kongsi sama. Mana tahu korang pun mengalami pengalaman ni sama macam aku. Well...firstly, aku tak tahu pun aku mengandung. Coz aku baru jer stop makan pil perancang hujung bulan NOV tahun lepas. Dan memang aku dan suami ada planning untuk dapat baby lagi. Agak terkejut sikit sebab terlalu awal untuk laksanakan plan tu. Hurm... Pada bulan JAN 2015, aku tak tahu pun aku mengandung. Tanda tanda mabuk nak muntah tu tak ada pun. So, aku tak expect yang aku hamil. Cuma period tu la yang lambat dan aku jadi sesangat risau. Pada awal FEB 2015, aku sekeluarga pergi langkawi. Masa kat langkawi badan aku cepat penat, dan emosi aku senang sangat terganggu. Kekadang, malam malam aku ni asyik rasa nak makan dan siap minta suami belikan keropok leko. Tapi tak dapat pun. huhuhu... Selepas seminggu balik dari langkawi. Aku buat che...

Percutian Di Langkawi (cerita pendek)

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerna diberikan rezeki untuk naik flight free ke Pulau Langkawi. Hehe...Along aku belanja untuk tiket flight kami sekeluarga dan transport di Lankawi. Seronok sangat.. Seriusly, first time sampai sana. Tak pernah pergi pun tau. so...memang jakun tahap maksima la aku kat sana. Seronok tu susah nak di luahkan. Cuma dapat bersyukur sangat, sebab Allah bagi kami perluang tu.. Aku sebenarnye nak cerita panjang.. dengan naik tangga, kaki menggigil, penat berjalan, terkejut dengan monyet dan kegagayatan naik kabel car lagi..belum lagi rase melambung dalam bot. Fuh!! Sampai rase penat tu hingga ke jari la.. Ape ape pun. Layan jelah gambar yang akak ipar aku share kat FB ni ye... Daa... Wasalam... Sayangnye abah tak ikut...and ade lagi 3org adik beradik tak dapat gi... hurmm..

29hb Projek Tabung : Wakaf Alquran (bantuan banjir 2014)

Image
Projek Tabung: Wakaf Al-Qur'an (kepada mangsa banjir 2014) . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. AlQuran yang hendak diwakafkan kpd mangsa banjir telah pun mencecah 199 naskhah! Jumlah kutipan hingga hari ini adalah RM6,387.00. Dan sumbangan masih tetap kami buka dan terima sehingga 2 Feb 2015. Oleh itu kami putuskan sehingga hari ini; . . Jenis Al-Qur'an yang diwakafkan:  1) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A5) - wasim/mumayyaz/jamil 2) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A4) - mumayyaz/jamil 3) Al-Qur'an (saiz B5) - istimewa madinah . Disalurkan kepada penerima melalui:  1) En. Azman (kpd 4 masjid di Kuala Krai, Kelantan)  2) Pn. Shazana (kpd Kolej Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang)  3) Pn. Ayu (kpd SMK Clifford Kuala Lipis, Pahang)  4) Cik Adyana (melalui pertubuhan Nisa Kelantan) [20 naskhah] 5) Muslim Care Malaysia . Tarikh tutup: 2 Februari 2015 . . Mari bersama saling membantu! Mohon sebarkan!

Projek Tabung : Wakaf Alquran (bantuan banjir 2014)

UPDATE 24 JAN 2015 . Projek Tabung: Wakaf Al-Qur'an (kepada mangsa banjir 2014) . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Target kami utk mewakafkan 100 alQuran kpd mangsa banjir telah pun dicapai dan kini telah mencecah 160 naskhah! Jumlah kutipan hingga hari ini adalah RM5,060.00. Dan sumbangan masih tetap kami buka dan terima sehingga 2 Feb 2015. Oleh itu kami putuskan sehingga hari ini; . . Jenis Al-Qur'an yang diwakafkan:  1) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A5) - wasim/mumayyaz/jamil 2) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A4) - mumayyaz/jamil 3) Al-Qur'an (saiz B5) - istimewa madinah/hadi . Disalurkan kepada penerima melalui:  1) En. Azman (kpd 4 masjid di Kuala Krai, Kelantan) [80 naskhah, tiap masjid terima 20] 2) Pn. Shazana (kpd Kolej Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang) [20 naskhah] 3) Pn. Ayu (kpd SMK Clifford Kuala Lipis, Pahang) [20 naskhah] 4) Cik Adyana (melalui pertubuhan Nisa Kelantan) [20 naskhah] 5) baki selebihnya kpd individu/NGO yang akan ke...

Projek Tabung : Wakaf Al Qur'an

Image
Assalamualaikum... Lama rasenye tak menaip... Alhamdulillah bila rezeki ade, dapat juga betulkan lappy ni. Terlalu banyak benda yang lepas...banyak yang terjadi...tapi tak dapat nak share or catit kat blog ni.. huhuhu... Tahun 2014, it seem like so many things happen. Ujian dari Allah sangat mencabar. Syukur sangat aku masih mampu bertahan sehingga harini. Rezeki tu tak bermakna benda yang baik je...benda yang tak berape baik pun rezeki dari Allah. Mungkin bukan rezeki kita, tapi rezeki orang lain. Alhamdulillah...kini aku tak jual shawl lagi dah. Tapi aku jual Al Quran Pelangi, dengan terjemahan dan tanpa terjemahan. Ada yang baik hati bagi peluang pada aku, jadi akan aku cuba yang termampu. Ohye..kita semua tahu tentang banjir yang berlaku tahun 2014. Semoga mansa mangsa banjir dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah. Dan atas sebab itu juga saya ingin meminta sedikit bantuan dari kawan kawan sekalian. Untuk menyumbang sedikit buat mangsa mangsa banj...

Long Time : View My Blog

Image
Bismillah... Assalamualaikum.. Ya Allah...lamanye aku tak update blog ni. Terasa rindu pulak.. hihihi... Lagipun aku busy dengan my instagram.. @thelovelabelofficial Ape2 pun, alhamdulillah my lappy dah di baik pulihkan kembali. and aku tak pasti bila pula die akan buat hal lagi. Jadi, buat masa ni aku akan cuba manfaatkan lappy ni selagi masih elok. Wah!! baik nye tuan lappy ni... Kang aku cakap nak tukar baru nanti die merajuk pulak kan. baik guna jelah dulu ye... "sayang ko la lappy.." Ingat malam ni nak layan Dollah Superstar. My hubby kata cerita tu best. Tak tahu la kan, best tang mana. Mula mula cerite je dah macam mengarut. Atau mungkin mood takde kot nak tengok cerita. Heee... Oklah.. Lain kali aku update lagi la blog sarang semut ni. hihihi... Jangan jemu pulak ye... daa...Wasalam..

Rindunya Nak Post Entry Guna Lappy

Image
Assalamualaikum. Selamat petang korang. Rasa sekejap je dah habis cuti. Start harini and esok mula la kesesakan jalan raya. Mesti penuh la jalan raya, lagi lagi kat kawasan Kuala Lumpur ni. Tak keluar rumah la gayanye.  Cepat je masa berlalu. Aku pun dah lama sangat tak mengadap lappy ni. Ya Allah...memang rasa rindu gila la. Lama sangat tak update guna lappy, asyik update guna phone je sampai tersalah salah aku taip. kuikui.. Tak guna lappy coz line wifi la punya pasal. My hubby baru dapat tahu kat kawasan rumah kami ni ade yang curi line. Tu sebab line 4G aku ni xsampai seminggu dah slow. Aku harap orang yang pakai tu dapat la kesedaran. Kesian kat orang lain, tiap bulan dok bayar bil tapi awak bayar sekali je pastu boleh guna dengan penuh seronoknye tanpa rasa berdosa dan bersalah. Kami plan nak guna Unifi, tapi bila dah keadaan gini memang mati la hasrat kami. huhu...Sedih tau. Tak dapat aku merasa kelajuan internet tahap maksima.. Hish!! Ok, stop pasal...

Mencari Hadiah Buat Suami

Image
Assalamualaikum. Nampaknya hari lahir suami dah dekat. Hadiah tak cari lagi pula tu. Susah sangat pula rasanya nak cari hadiah untuk lelaki. Macam macam juga la sebenarnya aku jumpa. Tapi yang betul betul rase berkenan di hati tu tak ada. Nak cari yang betul betul keperluan dia tu payah lak. Hoho.. Kalau cari kat internet ni, most of it jual barang perempuan. Untuk lelaki payah sikit nak jumpa tau. Pening kepala ni dok fikir hadiah buat suami. Nak hadiahkan jam, die ada cite rasa sendiri. Nak beli kasut pun tak bole.. Aarrgh.. Susah juga bila orang lelaki ni ada taste sendiri. Dahla budget aku ciput ja. Suri rumah je kan.... Hurm...korang ada cadangan tak? Meh la kongsi kongsi dengan aku. Dilema sangat dah aku ni. Terima kasih.. Wasalam.

Tension Dengan Wifi

Assalamualaikum. Harini taklah seronok sangat. Tengah sakit hati Wifi Celcom ni, baru pakai 5hari dah slow cam siput. Tak faham la aku. Korang ada masalah macam aku tak? Wifi 4G macam pakai 1G. Sekejap je slow. Tension tau. Tak kan ada orang curi line Wifi 4G aku ni. Tak suka la... Before ni pakai Broadband 1G lama juga pakai sebelum jadi slow. Macam macam boleh tengok, youtube, watch online or website. Lama sikit baru slow. Hurm.... Oklah, buat stress aku jelah. Anak aku pun jeles dengan aku ni. Nak update pun punya lama aku dok tunggu loading. Sabar jelah. Daa.. Selamat malam. Wasalam..

Berapa Lama Di Padang Masyar?

Image
Assalamualaikum. Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane?  Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. Tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.  Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang tersangat sangat serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.  Rujuk surah yasin ayat 52-54.  Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah...

Wajah Baru Hasil www.shedaucu.com

Image
Assalamualaikum. Selamat sejahtera guy's. Lama rasanya aku tak update blog ni. Macam bertahun pulak rasa. Sorry sangat sebab banyak benda nak buat, jadual pun padat. Hihi..macam guru besau pulak. Poyonye aku ni. Well, perasan apa apa perubahan di blog Bonda ni? Yes! Baju blog sudah bertukar corak and fashion. Aku memang suka warna pastel. Macam sweet and soft je Bonda rasa. Aku harap baju blog ni akan kekal macam ni. Atau tunggu la 5tahun lagi baru berubah lagi. Haha.. Really? No..aku dah jatuh chenta dengan wajah baru ni. Nak tahu siapa yang buat? Ofcos la cik Sheda. Mesti korang kenal dia kan... Si kakak chantik yang baik sangat. Best berurusan dengan Sheda ni, malah hasil kerja kreativiti Sheda memang puas hati. Kalau korang pun ingin tukar wajah blog or masih usha usha hasil design boleh la ke www .shedaucu .com . Korang memang akan pening nak pilih design header camne. Haha... Aku pun puas dok belek belek sebelum ni. Last last hasilnye lebih kemas and r...

Bosan!!

Image
Assalamualaikum. Firstly..aku tak tahu kenapa aku letak gambar ni. But this pic take it time kat GM minggu lepas.  Best kot cuci mata kat sana. Kalau duit banyak, memang aku dah borong buat bisnes sendiri. Tapi apekan daya, no money just dapat cuci mata jelah. Beli yang perlu aje...huhuu.. Aku sebenarnya bosan malam ni. Rumah ni sunyi sikit, si abang Addin dah tidur. Walaupun  si adik die masih lagi berjaga ni. Well, si adik ni tak berapa nak bising macam abang dia. Hahaha.. Rasanye mak mak kalau anak bising mesti marah. Heee...aku pun memang macam tu gak. But, bila sunyi macam ni memang rindu dan mencari. Adush!! Bosan coz TV takde rancangan best pun iye jugak. Atau mungkin coz aku tengah pegang bendera merah ni kot. Haish!  Alhamdulillah juga coz badan sihat kan...tiap bulan kena, mereka yang tak kena and langkau langkau bulan tu kesian sangat. Hormon tak stabil. OK, STOP MERUNGUT!! Dahla. Ini je yang aku dapat kongsi. Sel sel ...

Budak Sekarang Dengan Gam

Image
Assalamualaikum. Aku pelik la.  Ape yang sedap sangat hidu gam ni?  dah tu gam aje lak tu, kenyang ke?  Merosakkan otak n saraf saraf adelah.  Membuang duit aje, dah tu merosakkan badan.  Haram tau tak?  Ni mesti kes gi sekolah tapi memonteng, tak belajar pasal agama.  Ee..geram betul aku dengan budak budak sekarang. Aku nak cerite sikit.  Today, aku bertembung dengan 2orang budak muda.  Dalam umur 13tahun, baru keluar dari lif dengan memegang gam yang di isi dalam plastik.  Tak takut ye dengan orang?  Selamber jer, tanpa rase bersalah.  Memang muka tak malu ye?   Pernah juga aku bertembung budak budak sekolah rendah merokok kat taman.  Malah lagi selamber dorang ni.  Konon da besar sangat la tu, dah kuat.   Elok la kan, yang tanggung dosa nye mak bapak. kan? Risaunye nak besarkan anak anak dengan zaman budak budak sekarang yang tak tahu erti takut. Dahla, Jadi makin panas ...

www.bondaqalish.com

Image
Assalamualaikum. Pepagi ni mari kita mulakan dengan Bismillah dan Alhamdulillah. Ok, aku seriusly rase ringan sikit otak aku ni. Dah lame gila aku dok fikir about tukar domain ni. But, baru sekarang berpeluang untuk tukar. So, ada perubahan? hahaha... cuma URL blog je yang berubah. Nak bertukar wajah blog ni tak pasti la bila. But mungkin akan berubah kot, cuma not sure when. Alhamdulillah Ya Allah for this. Dan big thanks to my hubby for ur support. I love u always. ok, daa.... Wasalam..

Lupa Esok Checkup

Image
Assalamualaikum. Fuhh! dah bulan Mac rupanye. Cepat betul masa berlalu. Padahal aku rase harini still bulan Feb. Sangat ketinggalan aku ni. Entah nape aku asyik dok pikir bulan Feb je, rasenye takde pun hari special. Hurm!! Disebabkan terlalu obses bulan Feb, dah aku lupa yang aku ade check esok.  3 Mac 2014, pukul 11pagi. Argh!! 3Mac tu esok OK. ESOK!! Aku kat kampung kot. Esok baru nak balik rumah sendiri. Alahai Bonda! Camne la boleh terlupa ni. Anak baru dua orang, dah jadi pelupa. Kekadang mak aku pun bising. Well, aku mewarisi dari mak aku jugak ye. Mak ooo0oo mak! Dah tu bukan aku sorang je. Tapi Addin and Affan sekali kena checkup. Sorang nak ambil ubat cacing, yang sorang lagi nak kena cucuk. hohoho...sorry dear boboy's. Bonda memang terlupa pasal appoiment korang. Nampaknye besok pagi memang nak kena call klinik, minta tukar tarikh. Harap harap taklah penuh ye hari selasa nanti. Aku tak kesah bab bawa anak jumpa doktor ni...

Siapa Saya?

Image
Assalamualaikum. Selamat sejahtera wahai sahabat blogger sekalian. This time aku just nak share pasal aku je. Walaupun dah terlewat aku tetap nak share. Coz kekadang terasa blog ni macam tidak bertuan, walaupun dah update entry bagai. Hurm...saya ni pun bukan la femes pun. Tiada siapa pun yang nak singgah blog ni. Anggap je entry ni sabagai post untuk harini ye. heheh... So, nak kenali aku? Jemput la baca ye.  Nama : Siti Nursalamah Ishak (Bonda for blog)  Age : This 2014, 26y'old.  Status : Berkahwin dah (tahun 2011)  Anak : 2 orang (Lelaki)  Pekerjaan : Surirumah and Usahawan (maybe someday, doakan ye)  Tahap Pelajaran : Sijil dari kolej Intra (Pengurusan Pejabat)  p/s : Tiada apa yang menarik. it's just only me. Simple person, tapi sangat bahagia dengan ape yang telah aku miliki. Alhamdulillah. Ini my hubby. Seorang yang memiliki sifat yang tegas tetapi terselit sifat manja, lucu dan bertanggung j...