Kuatkah Aku?




Bila anak anak dah tidur, tinggallah aku terduduk depan tv ni. Well sometimes when you are alone,  pasti macam macam yang terlintas di fikiran. Aku tahu, korang juga macam tu.

So, setiap orang ade ujian masing masing. Ujian dari Allah itu berbeza kan? Walaupun kita fikir kita ni hamba yang lemah, tapi hakikatnya kita ni kuat. Cuma kita tak sedar, yang kita ni memang kuat tapi kurang sikit kesabaran tu atau mungkin sudah lama bersabar.

Setiap ujian yang datang, kita pasti persoalkan. Sebab kesabaran itu kurang. Jadi setiap hari aku mohon Allah berikan aku kesabaran yang tinggi buat aku. Setiap hari jugak la aku ingatkan pada diri aku, yang aku ni kuat dan mampu mengharungi ujian dari Allah. Ujian ni jugak lah tanda Allah menyayangi kita.

Aku syukur sangat Allah tak lupa dan tak pernah tinggalkan aku. Yang pasti Allah tak akan berikan ujian itu pada hambanya kalau kita tak mampu nak hadapi. Kan?

Kalaupun la aku ni bukan seorang yang penyabar. Yang pasti aku akan tetap letak kan DIA yang paling depan. Ape ape pun, suami keutamaan buat aku. Syurga aku kan di telapak kaki suami. Suami tak redha, Allah juga tak kan redha pada aku.

So, for all my friends yang sudi membaca coretan Bondaqalish.blogspot.com ni. Aku berterima kasih sangat. Sometimes, aku rase pembaca macam korang jugak lah yang menguatkan semangat para blogger untuk menaip entry diorang. Kan?

Oklah. Akhir sekali, kita sama sama bersyukur dan bersabar dengan ujian yang telah diberikan. Yang pasti sebagai hamba yang telah diberi ujian, sebenarnya kita ini mampu menghadapinya. Allah maha besar... wasalam.

(Segala kekurangan dan silap tu memang dari aku, dan yang lebih dan baik itu dari Allah s.w.t)



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya