10hb Nov 2013 Happy Birthday Addin Qalish




Alhamdulillah.  Addin dah pun 2tahun bulan ni. Cepat betul masa berlalu, rase macam baru je lahirkan die kemarin.
Muhammad Addin Qalish nama diberi oleh ayah dan bonda. Semoga jadi anak yang baik, sebaik erti nama yang bermaksud Agamaku Yang Murni.

So, baru baru ni aku and suami bawa birthday boy ke taman permainan. Rasanye dah lame jugak die tak main gelongsor. Walaupun duduk berkurung kat rumah 3hari, tapi terase macam sebulan. Memang boleh giler dibuatnye.

Sampai taman, memang bising mulut die. "Tu tu tu tu tutu." Semua permainan die tunjuk tunjuk. Lagi lagi orang time tu ramai, lagi excited la muka die.


Kebetulan birthday Addin jatuh hari Ahad. Memang ramai la yang meniaga kat tepi taman tu. Dan ade pulak yang jual aiskrim, apelagi. Aku minta la suami belikan untuk birthday boy. Fuh! Dapat je aiskrim die terus berlari. Hurm! Agak agak lepas tu ape jadi? Tengok jelah gambar kat atas tu ye kekawan.


Disebabkan birthday boy jugak la ayah bagi lagi1.


Kata ayah makan kena duduk. Tu yang die duduk, tapi tak diam. Tak sabar nak main kot, lagi lagi bebudak ramai haritu. Last last die bagi aku aiskrim tu, aku la yang perabih kan.


Tengok sikit muka budak feeling makan aiskrim.
Yummy! Sangat sedap!


Balik dari taman, kami singgah beli kek and gi ambil pizza. Pizza Dominos sahaje. Jadilah kan daripada takde. Lagi pun belum gaji, ni je yang dapt ayah belikan.
Kalau nak hadiah kena tunggu bulan depan la.


Hanya kami je yang sambut birthday.  Takde jemput sesape pun, kami kami je. Apelagi, jom potong kek.



Sedapnye abang Addin makan kek. Affan pun nak jugak. Kelakar bile Affan tengok abang die makan sampai meleleh leleh air liur die. Tu yang suap sikit kat mulut die. Tak boleh banyak banyak,  takut perut meragam.



Tolong abaikan muka aku dan suami ye. Tak sempat pun nak touch up,  malas.  Haha. Korang tengok jelah muka anak anak aku yang cam shomel je tu ye. Oklah.

I know that Addin happy sangat semalam. Hanya itu yang ayah and bonda dapat berikan. Jadi, bonda harap addin sentiasa jadi orang yang bersyukur ape ade. U always be our bright star. Alhamdulillah. Amin.
Wasalam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya