Posts

Showing posts from January, 2014

Sebab Malaikat Tidak Masuk Ke Rumah

Image
Assalamualaikum. Anak aku kalau tak boleh tidur, habis semua orang die kejut.  Last last mata aku merah, kepala pun pening. Sabar jelah. Mungkin jap lagi tidurlah tu. Hurm, korang rase malaikat masuk tak rumah korang? Aku tak pasti malaikat masuk rumah aku ke tidak. Yang pasti semua kat bawah ni alhamdulillah aku tak buat kecuali kekadang suara aku kuat jugak bila marahkan anak, cuma bukan selalu la. Ape ape pun, harap malaikat sudi masuk ke rumah aku ni. In shaa Allah. Yang penting sedar kesilapan dan perbaiki sesama. Kan? Jom renung renungkan. 1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim. 2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram. 3-Rumah yang memelihara anjing.  4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya. 5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT. 6- Rumah yang sering meninggikan suara. 7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Alla

Kebiasaan Isteri Yang di Sukai Suami

Image
Assalamualaaikum. Kali ni aku nak share untuk isteri isteri dan untuk diri aku sendiri. Banyak yang kurang pada aku and I hope tips ini dapat perbaiki semua kekurangan. Perlahan perlahan asalkan hidup dalam rukun rumah tangga yang bahagia dan aman. In shaa Allah. Aku tak tahu masa depan macam mana, but semoga keluarga aku ni kekal hingga ke jannah. Amin~ 1. Berusahalah berhias secantik mungkin jika bersama suami. 2. Tampakkan wajah yang selalu ceria dan berseri di depan suami. 3. Banyaklah memberi perhatian kepada suami dengan perhatianmu maka akan membuat dirinya merasa nyaman. 4. Terimalah apapun pemberian suami dan jangan sekali-kali mengeluhkan atau menyepelekannya. 5. Jangan banyak menuntut kepada suami dengan hal-hal yang masih belum bisa ia penuhi. 6. Hindarilah membantah apa yang suami ucapkan. 7. Selalu taatilah segala permintaan ataupun perintah suami sepanjang bukan hal kemaksiatan. 8. Temani suami di saat makan dengannya ia akan merasakan kenikmatan dalam

Tiada Yang Abadi

Image
Assalamualaikum Mencari kesempurnaan dalam hidup umpama mencari sesuatu yang tiada penghujungnya. Padahal kita tahu segala yang di dunia ini hanya sementara. Kenapa harus hanya fikirkan duniawi semata. Belum terlambat untuk lebih istiqomah. InsyaAllah.  #muhasabahdiri

Wordless Salam Maulidur Rasul

Image
Assalamualaikum.

Kerana Isteri Tidak Bekerja....??

Image
Assalamualaikum. Ok, aku bekerja sebagai suri rumah. Aku memang tak bekerja luar, tapi penat aku lebih dari yang bekerja diluar. Pagi bangun buat breakfast,  mandikan anak2,  menyapu and basuh baju. Tengahari tidokan anak,  masak tengahari, basuh pinggan,  mop lantai and kalau anak bangun kena bagi makan. Anak kecik kecik lagi memang kena bagi tumpuan dan kena berwapada selalu. Kemalangan tu bukan kat luar je, dalam rumah pun boleh berlaku. Petang kena mandikan anak , angkat baju and masak makan petang. Malam tukar pampers anak, lipat baju, masak malam,  kemas barang mainan anak dan tido dengan anak. Tu belum asyik berjaga malam untuk bagi susu anak. Aku memang kerja 24jam sehari selama seminggu, malah tak pernah dapat tido yang berkualiti langsung. But, aku happy dengan ape yang aku buat, anak pun aku nampak depan mata. Alhamdulillah. Kerna itu Allah berikan ganjaran yang baik buat mereka yang bekerja sebagai suri rumah, kerja paling mulia sekali. Aku bukan nak mengeluh

DIY Gelang Manik With Pin's

Image
Assalamualaikum. Tadi jalan jalan kat Google terjumpa lak diy ni.  Macam senang je, malah boleh buat hadiah untuk kawan kawan. Jimat kot. Tapi hati hati, jangan tercucuk jari ye. Hehe. Selamat mencuba korang.

Mengatasi Sikap Anak Kerap Mengamuk

Image
Q:    Anak saya berusia 2 tahun setengah. Sejak kebelakangan ini , dia kerap sangat ‘mengamuk’. Dia kerap menangis dan menjerit-jerit apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Ini kerap berlaku terutamanya di tempat awam dan saya tidak tahu bagaimana hendak menangani sikapnya ini. Boleh doktor terangkan langkah langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini  (Sharifah) A:   Kemahiran Keibubapaan – Mengendalikan Tantrum Tantrum adalah perkara yang biasa di kalangan kanak-kanak  berusia 18 – 48 bulan. Tantrum adalah sesuatu yang normal tetapi mencabar kesabaran ibubapa. Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar. Anak anda boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadangkala, menahan nafas mereka. Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibubapa dan mereka tidak boleh melihat sesuatu perkara dari pandangan orang lain. Mereka ingin bebas untuk meneroka

10 Perkara Mengenai Usahawan

Image
Well, aku bukan la usahawan. Bukan sekarang, mungkin akan datang. In shaa Allah. So, ini tentang usahawan yang mungkin anda tidak tahu. 1.Pemikiran usahawan lebih kompleks berbanding peniaga dan pedagang. 2.Usahawan lebih suka membuka perniagaan baru berbanding memberikan wang kepada orang lain untuk dilaburkan. 3.Kerjaya usahawan adalah kerjaya yang boring kerana kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah yang sama. 4.Usahawan tidak melihat manusia tetapi melihat target market.Adakah manusia ini target market berpotensi atau sebaliknya. 5.Usahawan melihat masalah sebagai lubang membuat duit.Orang biasa melihat masalah sebagai halangan. 6.Usahawan adakah pakar dalam menjiwai manusia lain contohnya menjiwai target market berpotensi untuk mengetahui kehendak,keperl uan & masalah serta cara target market berpotensi berfikir. 7.Usahawan tulen tidak respek usahawan lain yang dapat untung melalui monopoli,baik dengan orang politik dll. 8.Usahawan &

DIY 5 Pic Do It your Self

Image
Ok, kali ni nak share lagi. Korang boleh buat sendiri ye. Selain untuk eksesori rambut, boleh dijadikan pin tudung. Ok, malas nak story panjang. Jom tengok gambar and good luck guys.

Wordless Esok Jumaat

Image

6 Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki

Image
Ini juga di kira macam tips nak memikat lelaki yang disayangi la. Jom kita try. Hehe. Kalau aku, dah memang bersifat keibuan. Anak dah 2orang pun, tu pun nak plan lagi. Just nak share la, manetau ade lelaki idaman yang nak dipikat untuk buat suami. Kikiki. 1. Sikap Keibuan Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia. 2. Keanak-Anakan Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah. 3. Penuh Pengertian Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan. 4. Menghargai Penghargaan daripada wanit

Isu Anak Lambat Bercakap

Image
Hurm, agak merisaukan juga bila anak lambat bercakap. Anak aku Muhammad Addin Qalish sekarang dah 2tahun, tapi still belum bercakap lagi. Tapi die faham bila kite cakap, kekadang die nak papepun cuma guna bahasa isyarat je. Jeles rasenye pada anak anak sebaya die dah petah bercakap. Nampaknya aku kena la usaha lebih. Sedikit perkongsian isu anak lambat atau cepat bercakap: “Anak saya sudah berusia 2 tahun setengah namun masih belum pandai bercakap lagi. Boleh bantu tak?” “Anak saya masih belum pandai bercakap lagi, sedangkan semua kawan-kawan sebayanya sudah pun petah bercakap. Saya cemburu melihat mereka.” Sebenarnya, semua anak-anak belajar bahasa mengikut aturan yang sama, mereka belajar nama-nama pertama, kemudian mereka mula menggabungkan perkataan-perkataan tersebut dan akhirnya mereka pandai membuat ayat. Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri. Ada anak yang cepat, dan ada

10 Tips Untuk Menggoda Isteri

Image
SUAMI mana yang tidak berasa hampa apabila isteri sering menolak pelawaan untuk mengadakan hubungan intim atas alasan penat. Persoalannya adakah para isteri benar-benar jujur dengan alasan tersebut atau sebenarnya tidak mendapat rangsangan yang sempurna daripada anda, para suami. 10 TIPS macamana nak GODA ISTERI anda Dalam hal ini cuba imbas kembali saat anda dan pasangan mula-mula berkahwin dulu, apa caranya untuk memikat atau setidak-tidaknya membangkitkan mood isteri untuk mengadakan hubungan seks dengan anda. Bagi si suami yang tidak mempunyai idea untuk tujuan tersebut boleh mencuba 10 cara yang dicadangkan ini. 1) Selepas bertengkar: Dalam hubungan suami isteri, anda tidak akan dapat lari daripada bertengkar. Apabila bertengkar sudah tentu kemarahan meluap-luap dan menjadikan jantung anda berdegup kencang. Selepas anda berdua meledakkan kemarahan masing-masing, anda perlu mengambil inisiatif untuk meredakan kemarahan isteri dengan menghampirinya, merangkul pinggan