Posts

Showing posts with the label Kekeluargaan

Sebab dan Cara Mengatasi Morning Sickness

Image
Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah. Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang saya boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan. Apakah Penyebab Morning Sickness Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini...

Orang Perempuan Memang Degil

Image
Org perempuan memang degil Org perempuan tak reti serik Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan...

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Image
Assalamualaikum. Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahny...

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Image
Assalamualaikum. Jom kita ramai ramai amalkan sunnah Nabi. Agar rasa cinta pada Nabi makin mendalam. 1. PANDANGAN MATA Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. 2 MAKAN GARAM Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. 3. MINUM TANGAN KANAN Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. 4. SESAAT DI JALAN ALLAH Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" 5. LANGKAH KANAN Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan. 6. MAKAN TIGA JARI Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah d...

Berapa Lama Di Padang Masyar?

Image
Assalamualaikum. Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane?  Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. Tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.  Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang tersangat sangat serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.  Rujuk surah yasin ayat 52-54.  Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah...

Bahagiakah?

Image
Assalamualaikum. Selamat malam. Malam ni lewat sikit tidur sebab layan cerita cina tv3. Well, bukan la peminat cerita cina, tapi sebab cerita lucu tu yang layan. Aku tertanya, kenapa ya kita ni selalu cuba menggembirakan hati orang lain yang jauh dari kita and tiada kena mengena langsung dengan kita? Sedangkan mereka disekeliling kita ni mengharapkan kita membahagiakan mereka. Tapi kita tidak buat atau mungkin tidak sedar. Hurm...yup. Mungkin tidak sedarkan hal itu. Selalunya, kita sibuk puji anak orang tapi anak sendiri asyik nak marah marah. Dengan kawan bukan main slow je cakap, tapi dengan suami or isteri macam nak bergaduh je. Bagi sedekah punyalah di tayang tayang, tapi jiran sebelah menyebelah tu tak nampak lak sedekahnye. Padahal boleh nampak kesusahan mereka. Berbeza sungguh layanan yang orang luar dapat dari orang sekeliling. Hurm..ape boleh buat. Aku yang cakap ni pun lebih kurang sama je. Sikap manusia susah nak ubah, kecuali diri sendiri yang berubah. Aku harap dapat...

JANGAN!!

Image
Assalamualaikum. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.                   Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu  Saidina Umar Al Khattab..                Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.       Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.                Subhanallah....            ...

Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w

Image
Assalammualaikum. Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)  Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan me...

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Image
Assalamualaikum. 1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori  seluruh rumah kita. 3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan 5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11 Janga...

Cara Pikat Yang Tersayang

Image
Assalamualaikum Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. Jujur dan sentiasa merendah diri. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati. Jangan terlalu mengongkong. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Apabila berhadapan...

Cara Mengubat Hati

Image
Assalamualaikum. Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya. - Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan. - Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa. - Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya. - Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kur...

22 Cara Mendidik Anak Dengan Betul

Image
Assalamualaikum. 1) Jangan pukul anak dari lutut keatas. 2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan  dan janga n sesekali  menampar anak pakai tangan kita.  Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control. 3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan  merangsang ke bahagian otak. Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun.  Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa.  Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat.  Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” 4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan  menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik  adalah digala...

Pantang Larang Ketika Haid Dan Penjagaanya

Image
Assalamualaikum. Gadis/wanita biasanya menganggap kedatangan haid sebagai suatu yang merimaskan. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana itu menandakan kita seorang yang sihat. Darah haid adalah darah kotor yang perlu keluar pada setiap bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika haid:  1. Antara tanda kedatangan haid atau sesudahnya ialah *ditumbuhi jerawat*besar dimuka. Jangan diusik-usik atau dipicit jerawat tersebut apa lagi dengan tangan yang kotor. *Sapukan ubat jerawat* bagi menghilangkan kesan parut. 2. Sebaiknya *mandi dengan air suam*bagi memulihkan kelesuan. 3. Elakkan membasuh rambut pada hari pertama kedatangan haid hingga hari keempat kedatangan haid. Ingat jadual bulanan haid. *Sebaiknya basuh rambut sehari sebelum kedatangan haid.* Jika terpaksa gunalah air suam. Cara ini dapat melancarkan perjalanan darah kotor disamping mengelakkan*berlakunya keputihan*. Kekerapan membasuh rambut pada hari pertama hingga keempat menyebabkan darah ...

Jom Belajar Berwudhu

Image
Assalamualaikum. Di sebabkan rumah ni takde air. Aku da pening camne nak ambil air wudhu. Selamat la air ade sikit dalam tong, harap harap cukup la kan. Atau mungkin sebenarnya aku juga tidak begitu mengerti masalah ini tapi keyakinan dan semangat untuk belajar membuat aku ingin menulis tentang ini. Jom kita perbaiki sama sama. Bagaimana cara Berwudhu yang baik & benar, Seperti Firman Allah SWT. : يــأيهاالذين ءامنوا إذا قمتم إلى الصلوة فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق وامسحوا برءوسكم وأرجلكم إلى الكعبين المائدة:  6       Artinya: "Hai orang-orang yang beriman, Apabila mengerjakan sholat, maka basuhlah wajahmu, tanganmu sampai dengan siku,dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu, sampai dengan kedua mata kaki" { Q.S.Al-Maidah 5;6} Berikut Tata cara berwudhu  yang Baik dan Benar: Langkah-langkahnya adalah : 1. Membaca Doa sebelum wudhu -Bacaan Doa sebelum berwudhu  “Allaahummaghfir lii dzanbii, Wawassi lii fii daarii, wabaarik Lii fii ...