Cinta Monyet Zaman Persekolahan



Korang tahu..dulu time aku sekolah rendah, dalam standard 5 or 6. (Kira sekitar aku umur macam tu la..) Aku pun pernah alami cintan cintun monyet ni. Sampai aku dah sekolah menengah pun aku masih alami cinta monyet ni.

Kadang kadang bila aku fikirkan balik, agak memalukan jugak zaman sekolah aku dulu. Siap tulis tulis surat cinta lagi. Dari aku darjah6 sampailah aku form5. Kira surat menyurat ni macam sesuatu yang wajib untuk meluahkan perasaan. Sebab nak luahkan perasaan depan depan malu pulak kan. Hehehe.

Sebenarnya, kite akan anggap hubungan pada waktu tu adalah hubungan yang serius. Lagi lagi waktu tu kite mula nak merasa disayangi oleh orang lain. kan?

Tapi bila dah umur aku macam ni, aku rasa bercinta waktu sekolah adalah cinta main main je. Sebab, bila dah besar macam ni kite baru tahu yang jodoh kite tu bukan dari kite. Tapi jodoh tu dah memang lama tertulis dari Allah. Die yang menetukan siapa jodoh kita.

Itu yang ramai anak anak muda terlupa dan jadi obses dengan cinta monyet diorang. Punyalah sanggup bagitau yang die sanggup mati untuk pasangan. Siap buat tatu kat tangan, dah tu boleh buat video tu yang aku tak tahan tu. Tapi macam yang aku cakap, waktu zaman remaja kite akan anggap sesuatu relasionship tu adalah hubungan yang kononnya serius. (but ianye agak membuang masa)

Pada aku, aku nasihatkan korang fokus pada pelajaran. Itu yang terbaik sebenarnya. Sebab, bila dah lalai dengan perasaan, pelajaran mesti terganggu. Lain la kalau korang pandai bahagi masa, kan? Lagipun, si dia tu belum tentu dapat nak membantu korang berjaya. Nak bagi korang duit pun tak, apelagi nak bagi korang kerja yang best best.

Yang  penting, kite kena yakin dengan jodoh Allah. Sebab, jodoh dari Allah adalah jodoh yang terbaik sekali. Tak gitu?

Oklah, korang fikir fikirlah guna akal fikiran dan bukan guna hati dan perasaan tu. Takut termakan diri dan menyesal seumur hidup. Daa...wasalam.


Comments

  1. Tak pernah alami cinta monyet...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya