Posts

Showing posts from April, 2014

JANGAN!!

Image
Assalamualaikum. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.                   Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu  Saidina Umar Al Khattab..                Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.       Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.                Subhanallah....                 Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi kepada Allah. Aamiin. 

Review : Collagen Crystal Eye Mask (Produk Sendiri)

Image
Assalammualaikum. Sekarang ni waktu petang memang dah selalu sangat hujan. But, catuan still berjalan macam biasa. Hurm, tak faham aku..hujan but still kata air kat empangan boleh habis dalam masa 29hari. Mungkin itu anggaran diorang kot. Orang Malaysia ni pun bukan pandai jimat sangat. Yup, aku pun sama gak..lagi lagi time basuh pinggan, air laju je keluar. hihihi. Ok, jom start my review about this eye mask.  Well, biasanya orang guna eye mask ni time nak tidur. Tapi aku guna time dah bangun tidur baru pakai. Entah kenapa pagi tadi aku rasa macam bengkak je mata ni. Mungkin aku tidur lewat kot malam tadi, yelah asyik mengadap lappy je tu yang mata pun dah macam panda. Actually mata aku memang dah macam panda dari dulu. Dah susah sangat nak hilangkan, even aku guna uncang teh atau timun sejuk pun still gelap juga. Tapi taklah segelap dan selebam macam pagi tadi. Memang nampak sesangat. Dah macam mata burung hantu versi panda pun ade. huhuu.. Ok, fir

Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w

Image
Assalammualaikum. Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)  Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan me

Si Mata Sepet Dan Si Mata Bolat

Image
Assalamualaikum. Rindunya waktu Addin kecik. Budak mata sepet yang suka nangis bila Bonda dia masuk dapur and mandi. Kekadang pening aku bile asyik nangis je. Nak dukung sampai aku nak buat kerja pun payah. hehehe...tulah si Abang Addin. Now, dia dah ade adik. Manja dan lasak dia bukan main lagi aktiv.  Penat tau nak kejar abang ni, lagi lagi kat pasaraya. Suka pusing pusing kat semua bahagian and celah rak. Memang marah juga hati aku ni, but nak buat camne. Dia rase free bile dapat keluar daripada terperuk kat rumah..kesian Addin. Lahirnya Affan Qalish ni pula mengamit kembali kenangan waktu Addin dulu. Seriusly aku memang suka baby. Aku suka preggy tau. Waktu ngandung si mata bolat ni, aku takde alahan or mabuk mabuk. Macam orang tak mengandung, tak rase morning sickness pun.  Dan aku bersyukur sangat yang Affan ni mudah sangat dijaga. Mungkin dia tahu yang Bonda dia penat nak urus abang Addin dan dia sendiri. Seluruh ahli keluarga tahu yang Affan n

Bosan!!

Image
Assalamualaikum. Firstly..aku tak tahu kenapa aku letak gambar ni. But this pic take it time kat GM minggu lepas.  Best kot cuci mata kat sana. Kalau duit banyak, memang aku dah borong buat bisnes sendiri. Tapi apekan daya, no money just dapat cuci mata jelah. Beli yang perlu aje...huhuu.. Aku sebenarnya bosan malam ni. Rumah ni sunyi sikit, si abang Addin dah tidur. Walaupun  si adik die masih lagi berjaga ni. Well, si adik ni tak berapa nak bising macam abang dia. Hahaha.. Rasanye mak mak kalau anak bising mesti marah. Heee...aku pun memang macam tu gak. But, bila sunyi macam ni memang rindu dan mencari. Adush!! Bosan coz TV takde rancangan best pun iye jugak. Atau mungkin coz aku tengah pegang bendera merah ni kot. Haish!  Alhamdulillah juga coz badan sihat kan...tiap bulan kena, mereka yang tak kena and langkau langkau bulan tu kesian sangat. Hormon tak stabil. OK, STOP MERUNGUT!! Dahla. Ini je yang aku dapat kongsi. Sel sel otak aku ni ta

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Image
Assalamualaikum. 1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori  seluruh rumah kita. 3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan 5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11 Jangan me

Cara Pikat Yang Tersayang

Image
Assalamualaikum Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka. Jujur dan sentiasa merendah diri. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu). Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati. Jangan terlalu mengongkong. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu. Apabila berhadapan

Budak Sekarang Dengan Gam

Image
Assalamualaikum. Aku pelik la.  Ape yang sedap sangat hidu gam ni?  dah tu gam aje lak tu, kenyang ke?  Merosakkan otak n saraf saraf adelah.  Membuang duit aje, dah tu merosakkan badan.  Haram tau tak?  Ni mesti kes gi sekolah tapi memonteng, tak belajar pasal agama.  Ee..geram betul aku dengan budak budak sekarang. Aku nak cerite sikit.  Today, aku bertembung dengan 2orang budak muda.  Dalam umur 13tahun, baru keluar dari lif dengan memegang gam yang di isi dalam plastik.  Tak takut ye dengan orang?  Selamber jer, tanpa rase bersalah.  Memang muka tak malu ye?   Pernah juga aku bertembung budak budak sekolah rendah merokok kat taman.  Malah lagi selamber dorang ni.  Konon da besar sangat la tu, dah kuat.   Elok la kan, yang tanggung dosa nye mak bapak. kan? Risaunye nak besarkan anak anak dengan zaman budak budak sekarang yang tak tahu erti takut. Dahla, Jadi makin panas lak hati aku nih.  Hish! budak budak sekarang.  Ya Allah..jauh kan la keluarga ku da

REVIEW : NATURACTOR SUMMER CAKE MEIKO JAPAN

Image
Assalamualaikum. Harini cuaca agak panas and bahang, rasanye mungkin akan hujan. Wallahualam~ Mood nak buat ape ape pun macam kurang je. So, update entry ni jelah, walaupun idea tu macam takde je. Hurm. My mood comeback to me please! Jom start my review. Ini adalah jenama produk yang sama seperti saya review sebelum ni. Compact Naturactor Summer Cake (foundation) dari Meiko Cosmetics . As always, this produk adalah terbaik dan berkualiti. Tiada yang tiruan dari Japan ni ye kawan kawan. Nasihat saya sama sahaja, pastikan produk yang terbaik ye.  Penjagaan kulit tu memang sangat penting. Pakai produk yang menggunakan bahan yang tidak sesuai boleh buat kulit rosak. So, here are the things that i found out with my own research.   PRODUCT DESCRIPTION   Naturactor Summer Cake adalah foundation berbentuk bedak. Sangat IDEAL buat mereka yang tidak sukakan foundation jenis cecair dan melekik. Ia tahan sehingga 8jam. Naturactor ini berbentuk seperti compact po

www.bondaqalish.com

Image
Assalamualaikum. Pepagi ni mari kita mulakan dengan Bismillah dan Alhamdulillah. Ok, aku seriusly rase ringan sikit otak aku ni. Dah lame gila aku dok fikir about tukar domain ni. But, baru sekarang berpeluang untuk tukar. So, ada perubahan? hahaha... cuma URL blog je yang berubah. Nak bertukar wajah blog ni tak pasti la bila. But mungkin akan berubah kot, cuma not sure when. Alhamdulillah Ya Allah for this. Dan big thanks to my hubby for ur support. I love u always. ok, daa.... Wasalam..