Posts

Showing posts from March, 2015

Sebab dan Cara Mengatasi Morning Sickness

Image
Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah. Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang saya boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan. Apakah Penyebab Morning Sickness Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini