Jangan Menjilat Pelekat Sampul Surat Anda





“Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.

Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya.


Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. 

Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk

mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.


Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan
lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan
bengkak biasa.


Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengakpada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada
lidahnya.




Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada lidah wanita itu. lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca
benjol pada lidah wanita tersebut.




Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu.




Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang
dijilatnya.




Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.




Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:




“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”




“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”




“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”




“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa."




“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. 
Saya melihat beberapa ekor lipas sedang

menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”"

Ps : EEeuuuwww!! Gelinya... Lepas ni korang jangan la sesuka hati jilat pelekat kat sampul tu ye. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun