2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali


Assalamualaikum...
Tergerak hati nak berkongsi pengalaman aku sendiri. Disebabkan sebelum ni aku sendiri pernah search pasal pengalaman orang lain. So, aku pun nak kongsi sama. Mana tahu korang pun mengalami pengalaman ni sama macam aku.

Well...firstly, aku tak tahu pun aku mengandung. Coz aku baru jer stop makan pil perancang hujung bulan NOV tahun lepas. Dan memang aku dan suami ada planning untuk dapat baby lagi. Agak terkejut sikit sebab terlalu awal untuk laksanakan plan tu.

Hurm... Pada bulan JAN 2015, aku tak tahu pun aku mengandung. Tanda tanda mabuk nak muntah tu tak ada pun. So, aku tak expect yang aku hamil. Cuma period tu la yang lambat dan aku jadi sesangat risau.

Pada awal FEB 2015, aku sekeluarga pergi langkawi. Masa kat langkawi badan aku cepat penat, dan emosi aku senang sangat terganggu. Kekadang, malam malam aku ni asyik rasa nak makan dan siap minta suami belikan keropok leko. Tapi tak dapat pun. huhuhu...

Selepas seminggu balik dari langkawi. Aku buat check urine test. Aku buat check sampai 3kali. But still negative. Then aku gi klinik, doc scan nampak kantung. Memang sah aku mengandung. Dah 6weeks.

Then, pada 13MAC aku mengalami bleeding. Darah yang keluar pun bukan banyak sangat time tu. Sikit je, aku pun tak sedar pun bila darah tu keluar. Petang tu jugak aku gi klinik yang sama. Doc buat scan pada aku. But the result agak pelik. Coz tak nampak ape ape. Kantung ade, tapi baby tak nampak. Kosong je. Masa tu aku ingat, baby ni malu nak tunjuk diri die.. hehehe... So, doc minta aku datang lagi 2minggu untuk buat scan.



After 2minggu dari tarikh tu, aku pergi klinik jumpa doc yang sama. But still the same result, doc pun bagi surat untuk refer hospital. Hospital yang kami pilih cuma hospital kerajaan. Rasenye aku masih boleh bersabar dan bertahan. 2hari selepas tu kami pergi ke Hospital Ampang. Ya Allah, serius memang susah nak dapat parking. hahaha.... Memang kena datang awal pagi.

Hurm...korang tahu kan hospital kerajaan. Aku datang cuma dapat tarikh oppoiment je. Kecewa sungguh! Dah tu aku kena tunggu seminggu untuk jumpa doc. But, alhamdulillah la time tu aku takde rase sakit or bleeding.

So, after a week. Aku kembali ke hospital. Lama tau menunggu giliran, nak check darah la bagai. (komplen je la aku ni) 
Doc check baby dari bawah. Agak kurang selesa, but aku just berserah je pada Allah. Harap sangat Allah permudahkan. 

And syukur Alhamdulillah, Allah dengar doa aku. Esok pagi nye aku di masukkan ke wad. Suami dan anak2 hantar aku sampai ke katil. Tapi tak boleh nak teman, coz bukan waktu melawat. After suami hantar, die bawa anak2 balik rumah. Yang aku ni, dok menunggu doc check aku.

Lepas aku tukar baju wad, datang pulak doc dengan pelatih die. Well, datang nak ajar aku pasal cara2 check buah dada. Hurm, rakyat malaysia ni ramai juga yang kena Kanser Buah Dada kan?
Aku pun layan jer la. Tak buat papepun kan..

Pagi tu aku tak buat ape2..baring layan handphone jer. Dalam pukul11 baru la darah aku diambil dan nurse tu pasangkan that thing at my hand.(macam dalam gambar tu) Lepas tu aku dimasukkan ubat untuk melembutkan pintu rahim. Alhamdulillah, tak rase sakit.

Pukul 12.30-1.00 aku di bawa ke bilih bedah. Time ni aku rase seram sejuk. Dengan baju bedah tu lagi. Fuh! macam duduk dalam peti sejuk. Menggigil2 badan aku ni. Nurse kat bilik bedah ni tak tau sejuk ke?? hahaha...
Aku dibius separuh badan sahaja. But, rase sakit kena cucuk bius tu, Ya Allah pedihnye....2minggu jugak nak hilang rase sakit tu. Tapi mase doc cuci rahim aku tu tak pula sakit. Bius dah hilang pun aku tak rase sakit. Yang sakit tu tang tempat kena cucuk bius tu je...

Hilang je kesan bius tu, aku bangun jalan2 dan makan. Malam tu jugak aku keluar hospital. Hanya Allah yang tahu, betapa tak sukanye aku tinggalkan anak2 and suami lama. Allah juga yang permudahkan segala urusan aku. Alhamdulillah sangat2...

Pengalaman ini buat aku lebih bersedia dan kuat untuk hadapi ujian yang kita tak ketahui. Alhamdulillah, aku ada suami yang selalu mengajar aku untuk terima segala yang telah ditentukan Illahi. Syukur Alhamdulillah.. Dan aku sudah pun habis berpantang. Yeah!!!

Pada aku, sedih dan sayu itu ada tapi tidak la teruk sangat. Aku masih bersyukur dengan mereka yang ada disisi aku. Bersabarlah dengan segala yang telah ditentukan Allah. insyaAllah akan datang ada yang lebih baik lagi untuk aku. Amin..



Comments

  1. aaa sedihnye
    dugaan dariNya. nampak sis tabah orangnya
    syukur memiliki insan tersyaang dalam hidup kita

    ReplyDelete
  2. baru je semalam my mum cerita pasal sakitnya gugur. katanya sakit gugur lagi sakit daripada beranak. takutnya sayaaaaa. Alhamdulillah semoga Bonda Qalish makin sihat dan dimurahkan rezeki :) jangan lupa banyakkan berehat!

    ReplyDelete
  3. It’s a really unique and informative article. Great work! Much appreciated, keep posting many more…. I added it to my bookmark website list and will be checking back in the near future.Yeh Hai Chahatein Video Episode

    ReplyDelete
  4. I hope it will be helpful for almost all peoples that are searching for this type of topic. I Think this website is best for such topic. good work and quality of articles Thanks
    shaktii Download

    ReplyDelete
  5. Pragmatic Play - Casino - JT Hub
    Pragmatic Play, the 오산 출장마사지 leading content provider to 평택 출장마사지 the 논산 출장마사지 gaming 익산 출장샵 industry, develops HTML5 games that are deployed on a wide range 경기도 출장안마 of mobile devices.

    ReplyDelete
  6. continue reading this Dolabuy Balenciaga visit the site replica dolabuy Visit This Link replica wallets

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi