Posts

Showing posts from November, 2013

Wordless Make Change

Image

30hb Nov Riadah Di Taman

Image
Sambil tengok kartun shin chan ni buat aku rase nak mengunyah. Sejak ambil ubat perancang ni, selera aku besar sangat. Effect sungguh la kan. Eh, ops! Abaikan jelah. Ok, harini kami ke taman permainan. Saje bawa anak anak jalan. Addin memang suka main kat taman, lagi lagi kalau ramai kekawan die kat taman. Excited die membuak buak. Seronok sangat la tu. Alhamdulillah.  But, part yang best tu. Affan boleh gelak gelak tengok orang lain main lari lari kat taman. Kesian, tapi kelakar. Korang tak faham? Kesian la, coz affan ni bukan pandai pun nak lari lari. Nak duduk pun tak pandai. Camne aku tak kesian. Tapi yang kelakar tu bila tengok die gelakkan orang lain, macam faham je.  Korang nampak tak suami aku? Try la cari kalau jumpa. Hehe. Suami aku je yang rajin nak main dengan Addin.  Terkejar kejar die, tak lame lagi kurus la suami aku tu. Hikhik.. Well, aku just duduk dengan Affan je. Budak ramai sangat, susah nak bagi baby main ...

Kuatkah Aku?

Image
Bila anak anak dah tidur, tinggallah aku terduduk depan tv ni. Well sometimes when you are alone,  pasti macam macam yang terlintas di fikiran. Aku tahu, korang juga macam tu. So, setiap orang ade ujian masing masing. Ujian dari Allah itu berbeza kan? Walaupun kita fikir kita ni hamba yang lemah, tapi hakikatnya kita ni kuat. Cuma kita tak sedar, yang kita ni memang kuat tapi kurang sikit kesabaran tu atau mungkin sudah lama bersabar. Setiap ujian yang datang, kita pasti persoalkan. Sebab kesabaran itu kurang. Jadi setiap hari aku mohon Allah berikan aku kesabaran yang tinggi buat aku. Setiap hari jugak la aku ingatkan pada diri aku, yang aku ni kuat dan mampu mengharungi ujian dari Allah. Ujian ni jugak lah tanda Allah menyayangi kita. Aku syukur sangat Allah tak lupa dan tak pernah tinggalkan aku. Yang pasti Allah tak akan berikan ujian itu pada hambanya kalau kita tak mampu nak hadapi. Kan? Kalaupun la aku ni bukan seorang yang penyabar. Yang pasti aku akan t...

Meniru Setiap Kali Ujian

Image
Suatu hari ayah Naim dipanggil guru besar sekolah kerana Naim didapati selalu meniru di dalam ujian. Setiap kali ujian, Naim didakwa selalu duduk disebelah Azim.  Ayah: "Saya tak percaya anak saya meniru setiap kali ujian!" Cikgu: "Betul, Encik. Kami bukan tuduh begitu sahaja." Ayah: "Ape buktinya?" Cikgu: "Nah, ini buktinya kalo encik tak percaya tengoklah sendiri." Ayah Naim melihat kertas jawapan Naim dan Azim. Soalan pertama: Siapakah bapa kemerdekaan Malaysia? Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama iaitu Tunku Abdul Rahman Putra. Ayah: "Memanglah jawapan mereka sama. Macam mana cikgu kata anak saya meniru?" Cikgu: "Sabar encik. Cuba encik lihat soalan kedua." Ayah Niam melihat soalan kedua: "Pada tahun berapakah negara kita mencapai kemerdekaan?" Sekali lagi Naim dan Azim memberikan jawapan yang sama: "31 Ogos 1957." Ayah Niam sekali lagi marah, tetapi ditenteramkan u...

Mengenangmu Fatimah

Image
Siapalah aku berbanding dirimu.... Tumbuh membesar dari tangan manusia paling mulia.... Bondamu tidak meninggalkan harta,  tapi khazanah peribadi yang sentiasa disebut-sebut sang nabi, ayahandamu nan tercinta.... Kerana itu, dirimu dan bondamu... tergolong antara empat srikandi pilihan Yang Maha Esa... Siapalah aku berbanding dirimu.... Maharmu bukan dari wang berjuta.... Cukup nilaian sebatang perisai sebagai penyatu cinta.... Episod rumahtanggamu masyhur bahagia... Bukan kerana harta, tapi kaya jiwa.... Kau meniup obor semangat perjuangan... Merawat luka ayahanda dan suami di medan peperangan... Siapalah aku berbanding dirimu... Ketaatan tidak berbelah bahagi kepada suami,  kesungguhan mengurus rumah sebagai suri, Mendidik generasimu menyintai ukhrawi... melebihi dunia dan segala isinya... Walau kerana semua itu..tubuhmu letih dan lesu.... tidak pernah mengganggumu mengabdi diri  kepada Yang Satu.... Sungguh...siapalah aku berbanding dirimu... Fatimah bintu ...

Doa Mengatasi Perasaan Marah

Image
Kekadang kat rumah ni pun ade jugak rase stress. Bila anak kecik kecik ni, banyak benda diorang nak buat. Tu sebab lahirnya perasaan marah, mula la nak jerit dan melenting. Tapi alhamdulillah, aku cepat tersedar. Astagfirullahalazim. So... Sifat marah ini amatlah tidak baik ye tuan-tuan puan-puan. Bila kita marah, kita akan bergaduh dengan orang sekeliling kita. Bila kita memusuhi orang sekeliling kita, syaitan akan bersorak-sorai sebab dia dah berjaya pecah-belahkan umat Islam. Kadang-kadang orang sekeliling tak buat ape sangat pun, tapi bila iman kita tak kukuh, benda kecik pun boleh jadi besar. Maka semua pembacaku, dan juga untuk peringatan diri sendiri jugak.. marilah kita sama-sama hindari marah… Ye memang susah.. aku tahu, even aku yang panas baran dan sensitif ni pun amat susah nak kawal kemarahan. Tapi alhamdulillah ada sesetengah benda yang aku masih boleh kawal bila rasa nak marah… Walaupun benda tu nampak kecik dan tidak bawak perubahan yang besar, but AT ...

10 Tanda Allah Menyayangi Hambanya

Image
Pening kepala nak masak ape harini. Bile jadi suri rumah sepenuh masa cam aku ni, memang masak sampai dah tak tau ape nak masak. Last last ulang balik masak benda yang sama. Kalau ke kedai tu tak yah nak fikir, tinggal pilih je tekak nak makan ape. Kan? Baiklah... kita lupakan pasal tu dulu.. aku terbaca sesuatu di laman facebook, so aku nak berkongsi untuk semua. Untuk peringatan aku dan kita bersama okay.. Supaya kita sentiasa ingat yang Allah itu ada.. Allah itu menyayangi hamba-hambaNYA tanpa batasan, dan semua yang berlaku ada hikmahnya... Tanda-tanda ALLAH menyayangi kita hambaNYA : Menjadi pentadbir yang semakin baik. Menjadi seorang yang penyayang dan disayangi. Menjadi seorang yang berakhlak mulia. Diuiji dengan kesusahan. Diuji dengan kesenangan. Dimatikan dalam keadaan yang baik dan dihormati. Ketenangan terserlah apabila bermunajat di keheningan malam. Menjadi seorang yang penyabar. Berusaha mengejar ketaatan dan menjauhi kemaksiatan. Sentias...

2nd & 24Nov Wedding Angah & Lin (best pic)

Image
Well? Cantik kan? Orang dalam gambar tu dah memang cantik. Gambar yang di edit ni lagi cantik. Hehe..kan? And the best thing is, akak ipar aku ni pregnant pun. Alhamdulillah.  Rezeki dari Allah untuk abang aku. Hope mereka happy hingga ke Jannah. In shaa Allah. Wasalam.

Pelamin Budget Hasil Tangan Bonda

Image
Pertama kali aku taip entry sambil tengok cerita Saranghae tv9 ni. Episod last kot. Hehe. Ape die? Memang tak kusyuk pun nak menaip ni. Tapi di sebabkan line internet tengah laju, mesti jugak menaip. Ok, dah tengok gambar? Pelamin yang pertama yang pernah aku buat. Dan pelamin ni aku buat time wedding angah aku. Memang budget giler. Well, bile guna ape ade ni memang agak memeningkan kepala. Bunga tu semuanye kitar semula. Termasuklah bunga jurai kat belakang tu. Tapi, kain tu my mother dah beli siap siap, coz theme warna biru. So, here you go. Korang tahu, kerusi tu sebenarnye kaler hijau. Tapi aku balut dengan kain putih, tu yang nampak bersih sikit. Cuma tangan sakit sikit bile nak kena pin kain tu kat kerusi. But, hasilnye agak puas hati. Sampai mak mertua aku ingat abang aku tempah kat orang. Hehe.  Abaikan muka geram aku tu ye. Hee. Ok, daa. Wasalam.

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Image
  PEMARAH Paling  mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia.  Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.    PENDENDAM Tersembunyi  ibarat mengumpul lahar di dalam dada.  Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.  Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.   HASAD DENGKI Amalanya  hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.    BAKHIL Sentiasa  merasakan orang lain mengingi...

Kepenatan Masih Terasa

Image
Alhamdulillah,  selesai sudah majlis kenduri angah. Penat giler bile ade kenduri. Macam macam nak tolong buat. Lagi lagi bile ade anak kecik ni, terpaksa ke hulu ke hilir dukung anak. Jangan cakap la penatnye camne. Tengok muka berkilat semacam tu, korang tau tau jelah. Walaupun dah 3hari berlalu, penat tu macam tak hilang je. Atau badan aku ni dah tak cukup tenaga? Entah, aku pun tak tau. Mungkin sebab tu mate aku ni pun memanjang je pedih. Nampak gayanye aku nak kena cari jamu untuk tambah tenaga. Argh! Bencinye bila badan ni rase malas je nak buat papepun. Rimas bila rumah bersepah bile tak kemas. Kerajinan! Cepat lah kembali pada aku! Oh, aku masih tak update lagi entry tentang majlis abang aku. Masih menunggu gambar gambar cantik. Tak puas hati bile gambar semuanye kabur and gelap. Lagi lagi ambil guna phone. So yang korang tengok ni hanya gambar dari phone aku jelah ye. Eh, tak lupa juga mak dan abah aku. Oklah. Gambar kahwin abang aku nanti aku upd...