Posts

Showing posts from 2014

Long Time : View My Blog

Image
Bismillah... Assalamualaikum.. Ya Allah...lamanye aku tak update blog ni. Terasa rindu pulak.. hihihi... Lagipun aku busy dengan my instagram.. @thelovelabelofficial Ape2 pun, alhamdulillah my lappy dah di baik pulihkan kembali. and aku tak pasti bila pula die akan buat hal lagi. Jadi, buat masa ni aku akan cuba manfaatkan lappy ni selagi masih elok. Wah!! baik nye tuan lappy ni... Kang aku cakap nak tukar baru nanti die merajuk pulak kan. baik guna jelah dulu ye... "sayang ko la lappy.." Ingat malam ni nak layan Dollah Superstar. My hubby kata cerita tu best. Tak tahu la kan, best tang mana. Mula mula cerite je dah macam mengarut. Atau mungkin mood takde kot nak tengok cerita. Heee... Oklah.. Lain kali aku update lagi la blog sarang semut ni. hihihi... Jangan jemu pulak ye... daa...Wasalam..

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Image
Assalamualaikum. Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahny...

Review : Sampul Duit Raya Yang Ekslusif 2014

Image
Assalamualaikum. Harini aku nak review something yang sangat ekslusif. Tapi aku stress bila update guna App blogger ni gambar tak boleh nak letak banyak, nak upload susah. Geramnye...lappy pula rosak. Tak ke sakit hati tu. Ok, tak mow marah lebih lebih bulan puasa ni. Kali ni aku nak review something yang cute and sesuatu yang akan buat budak budak bile time raya ni sengeh sengeh dapat duit raya. Ofcos la sampul duit raya, tapi sampul ni bukan biasa biasa tau. Sampul kali ni sangat la limited punya. Meh tengok ape yang aku dapat Sampul Raya kali ni. Yeah! Sampul JDT. Ini kalau bagi anak buah kat johor tu, menggila kejap diorang. Haha.. Dah tak kesah isi dalam tu seringgit pun, janji ada Sampul Duit Raya JDT ni. Best kan. Meriah la hari raya diorang. Yang ni pun best. Pada sesiapa yang giler candy crush tu, elok la beli sampul candy raya tu. Baru la owsem di hari raya nanti. Kan? Hihi. Aku nak letak gambar bebanyak, tapi tak boleh. Sadisnye.. Tak best tau review guna ga...

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Image
Assalamualaikum Harini nak kongsikan 10 ayat pertama & terakhir surah Al-Kahfi beserta terjemahan. Ayat yang mempunyai kelebihan yang sangat besar untuk kita semua lagi-lagi kita umat yang berada di akhir zaman. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. InsyaAllah ya.  Kredit to Hafizhafizol   Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat" (Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim) Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda, "Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Ahmad) Diharap dengan tulisan rumi ni korang lebih mudah untuk men...

Monopod Murah Sehingga 30Jun

Image
Bismillahirahmanirahim. Assalamualaikum. Pertama sekali, ini adalah permulaan buat saya dalam meniaga. Sudah 2hari saya membuat promosi ini di Instagram saya. @by_bondaqalish Sekiranya ada yang berminat untuk memiliki monopod dengan harga yang murah. Boleh la whatsapp saya di no 0196118822. Promosi sehingga 30jun sahaja. Yang nak berselfie untuk raya nanti memang saya galakkan. Lagipun harga ini yang paling murah, malah termasuk sekali postage. Tak kan nyesal punya and saya bukan menipu pun. Mungkin tak kan ade lagi harga camni. Tapi akan menyesal bila stok habis. Hahaha... Jangan menangis lak ye. Batang monopod ni memang limited ye sayang sayang sekalian. So, jangan tunggu lagi. Mari mari...tak banyak warna da..

Ilmu Sains Yahudi Yang Menyesatkan

Image
Assalamualaikum. Just berkongsi. Dalam artikel ini izinkan saya berkongsi pengalaman seorang hamba Allah yang dikurniakan Allah anak sulung yang manja dan berpenyakit. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur beliau di atas segala nikmat yang diberikan-Nya. ******************* Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari d...

Rindunya Nak Post Entry Guna Lappy

Image
Assalamualaikum. Selamat petang korang. Rasa sekejap je dah habis cuti. Start harini and esok mula la kesesakan jalan raya. Mesti penuh la jalan raya, lagi lagi kat kawasan Kuala Lumpur ni. Tak keluar rumah la gayanye.  Cepat je masa berlalu. Aku pun dah lama sangat tak mengadap lappy ni. Ya Allah...memang rasa rindu gila la. Lama sangat tak update guna lappy, asyik update guna phone je sampai tersalah salah aku taip. kuikui.. Tak guna lappy coz line wifi la punya pasal. My hubby baru dapat tahu kat kawasan rumah kami ni ade yang curi line. Tu sebab line 4G aku ni xsampai seminggu dah slow. Aku harap orang yang pakai tu dapat la kesedaran. Kesian kat orang lain, tiap bulan dok bayar bil tapi awak bayar sekali je pastu boleh guna dengan penuh seronoknye tanpa rasa berdosa dan bersalah. Kami plan nak guna Unifi, tapi bila dah keadaan gini memang mati la hasrat kami. huhu...Sedih tau. Tak dapat aku merasa kelajuan internet tahap maksima.. Hish!! Ok, stop pasal...

Mencari Hadiah Buat Suami

Image
Assalamualaikum. Nampaknya hari lahir suami dah dekat. Hadiah tak cari lagi pula tu. Susah sangat pula rasanya nak cari hadiah untuk lelaki. Macam macam juga la sebenarnya aku jumpa. Tapi yang betul betul rase berkenan di hati tu tak ada. Nak cari yang betul betul keperluan dia tu payah lak. Hoho.. Kalau cari kat internet ni, most of it jual barang perempuan. Untuk lelaki payah sikit nak jumpa tau. Pening kepala ni dok fikir hadiah buat suami. Nak hadiahkan jam, die ada cite rasa sendiri. Nak beli kasut pun tak bole.. Aarrgh.. Susah juga bila orang lelaki ni ada taste sendiri. Dahla budget aku ciput ja. Suri rumah je kan.... Hurm...korang ada cadangan tak? Meh la kongsi kongsi dengan aku. Dilema sangat dah aku ni. Terima kasih.. Wasalam.

Review : Desire Dolce & Gabbana The One

Image
Assalamualaikum. Morning korang. Hehe..sebenarnye review kali ni about insta shop. Tapi aku pun dapat gift dari insta shop ni, so aku review la sekali pasal minyak wangi ni ye. Hanya buat review pendek je coz agak susah nak search more info bila line internet lembap macam siput ni. Hee.. Ok, actually insta shop ni menjual Original Perfume (rejected) direct from France. Wow! Memang kalau korang beli, dapat barang terus dari supplier. Even take time, but tak lama pun aku tunggu. Pejam celik je dah sampai. Bila dah sampai parcel tu yang aku happy giler tu. And thankyou very much to @original_perfume_reject_rm120 for that gift. So, let's start ye. Info dari D&G yang aku jumpa. THE CONCEPT Desire is not to be put on show; it is to be kept hidden like a precious jewel, until the moment its splendor shines. It’s the moment that has the power to change everything. Dolce&Gabbana The One Desire evokes a mysterious world of light and shadows, of temptation and seduction. A...

Tension Dengan Wifi

Assalamualaikum. Harini taklah seronok sangat. Tengah sakit hati Wifi Celcom ni, baru pakai 5hari dah slow cam siput. Tak faham la aku. Korang ada masalah macam aku tak? Wifi 4G macam pakai 1G. Sekejap je slow. Tension tau. Tak kan ada orang curi line Wifi 4G aku ni. Tak suka la... Before ni pakai Broadband 1G lama juga pakai sebelum jadi slow. Macam macam boleh tengok, youtube, watch online or website. Lama sikit baru slow. Hurm.... Oklah, buat stress aku jelah. Anak aku pun jeles dengan aku ni. Nak update pun punya lama aku dok tunggu loading. Sabar jelah. Daa.. Selamat malam. Wasalam..

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Image
Assalamualaikum. Jom kita ramai ramai amalkan sunnah Nabi. Agar rasa cinta pada Nabi makin mendalam. 1. PANDANGAN MATA Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk. 2 MAKAN GARAM Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir. 3. MINUM TANGAN KANAN Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri. 4. SESAAT DI JALAN ALLAH Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat" 5. LANGKAH KANAN Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan. 6. MAKAN TIGA JARI Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah d...

Berapa Lama Di Padang Masyar?

Image
Assalamualaikum. Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kite akan berada di alam mahsyar. Para sahabat rasulullah saw tanye,mahsyar kat mane?  Jawab rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mane bumi ini dihamparkan. Tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian. Ini terjadi bile malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.  Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. Lalu manusia bertanye sesame sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang tersangat sangat serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.  Rujuk surah yasin ayat 52-54.  Ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah...

Bahagiakah?

Image
Assalamualaikum. Selamat malam. Malam ni lewat sikit tidur sebab layan cerita cina tv3. Well, bukan la peminat cerita cina, tapi sebab cerita lucu tu yang layan. Aku tertanya, kenapa ya kita ni selalu cuba menggembirakan hati orang lain yang jauh dari kita and tiada kena mengena langsung dengan kita? Sedangkan mereka disekeliling kita ni mengharapkan kita membahagiakan mereka. Tapi kita tidak buat atau mungkin tidak sedar. Hurm...yup. Mungkin tidak sedarkan hal itu. Selalunya, kita sibuk puji anak orang tapi anak sendiri asyik nak marah marah. Dengan kawan bukan main slow je cakap, tapi dengan suami or isteri macam nak bergaduh je. Bagi sedekah punyalah di tayang tayang, tapi jiran sebelah menyebelah tu tak nampak lak sedekahnye. Padahal boleh nampak kesusahan mereka. Berbeza sungguh layanan yang orang luar dapat dari orang sekeliling. Hurm..ape boleh buat. Aku yang cakap ni pun lebih kurang sama je. Sikap manusia susah nak ubah, kecuali diri sendiri yang berubah. Aku harap dapat...

Wajah Baru Hasil www.shedaucu.com

Image
Assalamualaikum. Selamat sejahtera guy's. Lama rasanya aku tak update blog ni. Macam bertahun pulak rasa. Sorry sangat sebab banyak benda nak buat, jadual pun padat. Hihi..macam guru besau pulak. Poyonye aku ni. Well, perasan apa apa perubahan di blog Bonda ni? Yes! Baju blog sudah bertukar corak and fashion. Aku memang suka warna pastel. Macam sweet and soft je Bonda rasa. Aku harap baju blog ni akan kekal macam ni. Atau tunggu la 5tahun lagi baru berubah lagi. Haha.. Really? No..aku dah jatuh chenta dengan wajah baru ni. Nak tahu siapa yang buat? Ofcos la cik Sheda. Mesti korang kenal dia kan... Si kakak chantik yang baik sangat. Best berurusan dengan Sheda ni, malah hasil kerja kreativiti Sheda memang puas hati. Kalau korang pun ingin tukar wajah blog or masih usha usha hasil design boleh la ke www .shedaucu .com . Korang memang akan pening nak pilih design header camne. Haha... Aku pun puas dok belek belek sebelum ni. Last last hasilnye lebih kemas and r...

JANGAN!!

Image
Assalamualaikum. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.                   Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu  Saidina Umar Al Khattab..                Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.       Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.                Subhanallah....            ...

Review : Collagen Crystal Eye Mask (Produk Sendiri)

Image
Assalammualaikum. Sekarang ni waktu petang memang dah selalu sangat hujan. But, catuan still berjalan macam biasa. Hurm, tak faham aku..hujan but still kata air kat empangan boleh habis dalam masa 29hari. Mungkin itu anggaran diorang kot. Orang Malaysia ni pun bukan pandai jimat sangat. Yup, aku pun sama gak..lagi lagi time basuh pinggan, air laju je keluar. hihihi. Ok, jom start my review about this eye mask.  Well, biasanya orang guna eye mask ni time nak tidur. Tapi aku guna time dah bangun tidur baru pakai. Entah kenapa pagi tadi aku rasa macam bengkak je mata ni. Mungkin aku tidur lewat kot malam tadi, yelah asyik mengadap lappy je tu yang mata pun dah macam panda. Actually mata aku memang dah macam panda dari dulu. Dah susah sangat nak hilangkan, even aku guna uncang teh atau timun sejuk pun still gelap juga. Tapi taklah segelap dan selebam macam pagi tadi. Memang nampak sesangat. Dah macam mata burung hantu versi panda pun ade. huhuu.. Ok,...

Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w

Image
Assalammualaikum. Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Rasulullah SAW)  Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah: "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan me...

Si Mata Sepet Dan Si Mata Bolat

Image
Assalamualaikum. Rindunya waktu Addin kecik. Budak mata sepet yang suka nangis bila Bonda dia masuk dapur and mandi. Kekadang pening aku bile asyik nangis je. Nak dukung sampai aku nak buat kerja pun payah. hehehe...tulah si Abang Addin. Now, dia dah ade adik. Manja dan lasak dia bukan main lagi aktiv.  Penat tau nak kejar abang ni, lagi lagi kat pasaraya. Suka pusing pusing kat semua bahagian and celah rak. Memang marah juga hati aku ni, but nak buat camne. Dia rase free bile dapat keluar daripada terperuk kat rumah..kesian Addin. Lahirnya Affan Qalish ni pula mengamit kembali kenangan waktu Addin dulu. Seriusly aku memang suka baby. Aku suka preggy tau. Waktu ngandung si mata bolat ni, aku takde alahan or mabuk mabuk. Macam orang tak mengandung, tak rase morning sickness pun.  Dan aku bersyukur sangat yang Affan ni mudah sangat dijaga. Mungkin dia tahu yang Bonda dia penat nak urus abang Addin dan dia sendiri. Seluruh ahli keluarga tahu yan...

Bosan!!

Image
Assalamualaikum. Firstly..aku tak tahu kenapa aku letak gambar ni. But this pic take it time kat GM minggu lepas.  Best kot cuci mata kat sana. Kalau duit banyak, memang aku dah borong buat bisnes sendiri. Tapi apekan daya, no money just dapat cuci mata jelah. Beli yang perlu aje...huhuu.. Aku sebenarnya bosan malam ni. Rumah ni sunyi sikit, si abang Addin dah tidur. Walaupun  si adik die masih lagi berjaga ni. Well, si adik ni tak berapa nak bising macam abang dia. Hahaha.. Rasanye mak mak kalau anak bising mesti marah. Heee...aku pun memang macam tu gak. But, bila sunyi macam ni memang rindu dan mencari. Adush!! Bosan coz TV takde rancangan best pun iye jugak. Atau mungkin coz aku tengah pegang bendera merah ni kot. Haish!  Alhamdulillah juga coz badan sihat kan...tiap bulan kena, mereka yang tak kena and langkau langkau bulan tu kesian sangat. Hormon tak stabil. OK, STOP MERUNGUT!! Dahla. Ini je yang aku dapat kongsi. Sel sel ...

Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

Image
Assalamualaikum. 1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh ALLAH s.w.t. 2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori  seluruh rumah kita. 3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan. 4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan 5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat) 6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan. 7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan. 8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya. 11 Janga...