Bahagiakah?


Assalamualaikum.

Selamat malam. Malam ni lewat sikit tidur sebab layan cerita cina tv3. Well, bukan la peminat cerita cina, tapi sebab cerita lucu tu yang layan.

Aku tertanya, kenapa ya kita ni selalu cuba menggembirakan hati orang lain yang jauh dari kita and tiada kena mengena langsung dengan kita?

Sedangkan mereka disekeliling kita ni mengharapkan kita membahagiakan mereka. Tapi kita tidak buat atau mungkin tidak sedar. Hurm...yup. Mungkin tidak sedarkan hal itu.

Selalunya, kita sibuk puji anak orang tapi anak sendiri asyik nak marah marah. Dengan kawan bukan main slow je cakap, tapi dengan suami or isteri macam nak bergaduh je. Bagi sedekah punyalah di tayang tayang, tapi jiran sebelah menyebelah tu tak nampak lak sedekahnye. Padahal boleh nampak kesusahan mereka. Berbeza sungguh layanan yang orang luar dapat dari orang sekeliling.

Hurm..ape boleh buat. Aku yang cakap ni pun lebih kurang sama je. Sikap manusia susah nak ubah, kecuali diri sendiri yang berubah. Aku harap dapat la perbaiki semua kekurangan. Harap kita kita pun dapat perbaiki sama sama. Hanya kita yang dapat mengubah sikap kita kan.. Kesian mereka yang berharap kasih sayang kita ni.

Jom kita belajar membahagiakan orang lain. Dan semoga Allah akan membalas kebaikan kita tu. Inn Shaa Allah.

Oklah, mata berat sangat ni. Have to go. Good night. Daa....wasalam.

Comments

  1. yup2, betul2
    sama2 kita bhgiakan org lain

    apa yg kita beri kita akan dapat
    bila kita beri bhgia, kita akan dapat bhgia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan. what u give u get back.

      Delete
  2. betul tu kak..

    p/s: mengingatkan fifi pasal peribahasa kera dengan susu dengan hutan dengan anak dengan kat rumah tu ~ tak ingat pulak susuanan ayat dier haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

IDEA- Bunga Telur