Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita



Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar, barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan hulur kepadanya. 
Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain?
Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh katakan makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu.

Kemudian, saya melihat kepada saki baki makanan di atas pinggan., ada tulang dan beberapa cebisan lauk berbaki. Nah, sekali lagi, ia bakal menjadi rezeki si semut dan si lipas. Malah mungkin makhluk lain yang tidak saya nampak, iaitu jin. Tulang tulang adalah makanan jin. Sekali lagi milik kita bukan semuanya rezeki kita.

Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain. Padanya terdapat rezeki orang yang kita kenal, juga rezeki orang kita tidak kenal. Kita akan mengetahuinya apabila milik kita itu habis dimanfaatkan.

Contohnya, setiap bulan kita membawa pulang sejumlah gaji. Atau jika yang berniaga, mendapat sejumlah pendapatan. Kemudian sebahagian pendapatan itu digunakan untuk membeli ikan di pasar, jadilah ia rezeki si penjual ikan. Keesokannya pula kita membeli makanan untuk kucing, maka di sana ada rezeki kucing pula. 

Beberapa hari berikutnya ada orang datang menjual minyak angin. Walau sudah ada minyak angin di rumah, kita masih membelinya kerana berasa kasihan melihat wajah si penjual. Itu sudah memang ditakdirkan rezeki sang penjual minyak angin. Pada hujung minggu kita mendengar khabar anak jiran sakit dan kita melawatnya sambil menghulur sedikit sumbangan. Baru kita tahu dalam gaji kita itu ada pula rezeki si anak jiran. 
Jelaslah apa yang kita peroleh bukan semua rezeki kita. Milik kita bukan semua rezeki kita.

- Mudahnya Menjemput Rezeki -


Comments

  1. subhanallah! betul betul <333
    sometimes mmg benda tu milik kita tapi rezeki org lain kan heee~

    ReplyDelete
  2. I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow pinoyteleseryetvhd

    ReplyDelete
  3. I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow teleseryetvhd

    ReplyDelete
  4. I think the website is great, looks wonderful and very easy to follow pinoyteleseryetv

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun