Rezeki Bukan Sekadar yang Nampak di Mata


Apa Itu Rezeki?


Menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy, rezeki adalah apa sahaja yang memberi mafaat kepada seseorang. Secara tepatnye beliau menulis:

"Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk."

Sudah tentu tafsiran di atas mengubah persepsi saya terhadap rezeki. Dalam fikiran saya selama ini, yang dipanggil rezeki tentulah yang baik baik sahaja. Justeru saya akan berasa gembira apabila mendapat perkara yang baik baik dan rasa kecewa apabila berlaku hal yang tidak baik.

Beliau menambah :

"Bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain."
Nah, sekali lagi persepsi saya terhadap rezeki berubah. Milik saya belum tentu rezeki saya?

Saya cuba merenung dan memikirkan hal ini. Dalam setiap kejadian yang saya alami, saya cuba mengaitkannya dengan kata kata di atas.

Milik kita belum tentu rezeki kita? Apa sahaja yang memberi manfaat kepada kita adalah rezeki kita? Apa sahaja? Termasuk yang haram juga?

Persoalan di atas terbenam dalam benak saya, dan tanpa sedar saya mencari cari jawapannya. Saya mencari dan terus mencari. Saya bukan bermaksud mencari jawapan sama ada betul atau salah. Bukan juga bermaksud untuk bersetuju atau tidak setuju. Apa yang saya cari adalah hikmah dalam setiap kejadian. Terutamanya apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, khususnya berkaitan rezeki.


- Mudahnya Menjemput Rezeki-


Popular posts from this blog

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi