Romantiskah Pasangan Anda?
Cuit Cuit Romantis
Assalamualaikum...
Adakah suami korang romantis?
Apabila bercerita tentang rumah tangga, sering kali terdengar ungkapan si isteri,
"suami saya tidak romantis"
"suami saya tidak tahu menghargai dengan memberi hadiah"
"suami saya tidak ingat tarikh perkahwinan"
bahkan ada pelbagai rungutan dari si isteri. Namun begitu, tidak bererti suami tidak merungut tentang si isteri pulak kan?
Jikalau semua ini dipenuhi persoalan suami tidak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan, tidak menjadi persoalan besar, isteri obes(gemuk) bukan menjadi rungutan pada suami. Ada pelbagai pandangan dalam isu romantis. Ada yang berkata suami romantis apabila menolong kerja kerja di dapur. Kadangkala, masalah yang berlaku dalam rumah tangga adalah kerana hal hal yang remeh. Ia berkait dengan cara kita berfikir dan cara kita melihat sesuatu perkara.
Ada pelbagai perspekti dalam merungkai persoalan rumah tangga. Ada banyak resepi mencari kebahagiaan dalam rumah tangga. Ini bukan semata mata persoalan suami tidak romantis dan isteri tidak cantik seperti dahulu.
Persoalan utama yang sepatutnya adalah, "adakah rumah tangga ini menuju redha Allah s.w.t.?"
"Adakah ahli keluarga sempurna akidahnya, sempurna solatnya dan sempurna akhlaknya?"
Dengan itu, bersyukur dengan apa yang kita ada serta belajar menerima pasangan seadanya kerana kita mencari kesempurnaan pada orang lain, hakikatnya kita juga tidak sempurna.
Betul kan?
-keluarga menuju syurga-