Posts

Showing posts from 2015

Berabad Rasanya

Image
Assalamualaikum. Terasa berabad aku tak menulis or update blog ni. Padahal aku bukan buat apepun kat rumah. Tapi yang pasti, bukan ade orang pun nak lawat blog aku ni. kan? hehe.. Well, sebenarnya aku ada banyak benda nak cerita. Tapi tahap kemalasan aku tu mencapai tahap maksima paling tertingi. So, ape yang jadi pada blog aku? Tempat menyimpan habuk semata mata. hee..  Time anak anak tido la baru aku dapat nak taip harini, kalau tak biasa aku pun tido sekali. Nak buat macam mana rutin anak anak memang ghitu. Aku pun sekarang ni pun dah berisi kembali. Alhamdulillah, rezeki dari Allah. Esok, cukuplah 11minggu. Hope my babies sihat walafiat. Oh, sepatutnye semalam aku kena buat buku merah. Tapi disebabkan selangor menang, maka klinik pun tutup. Padan muka aku. Hahahaha.... Tak pasal pasal aku kena gi klinik lagi sekali harini. Tu pun aku kena isi butiran pada buku jer. Rabu depan baru oppoiment sebenarnye. Takpelah..aku ok jer kalau nak beratur pepagi. Cuma ke...

Melayan Karenah Anak-Anak

Image
Assalamualaikum.. Rasa macam terlalu lama tak update blog ni dan dah mula slow silent dah aku dengan blog ni. Makin anak anak membesar, makin kurang rasenye aku ngadap lappy. Well, dengan lappy yang tak berape menarik perhatian aku. Rosak sana, rosak sini. huhuhu... (Banyak pulak songeh aku.) Sepanjang tahun 2015 ni macam macam peristiwa yang berlaku. Malah aku pun tak sempat nak update and story pada korang semua. Even sekarang ni, anak aku dok sibuk ngendeng sebelah aku. Pastu, hilang segala idea dalam kepala ni. hahaha... Aku pun bukan ada kerjaya, aku cuma surirumah setiap masa. Banyak masa aku dengan family jer. Tu sebab aku ni garang macam singa. Stress di rumah ni lain kalau di bandingkan stress di office. Kan? Tu sebab jadi Bonda ni tangungjawab besar sangat. Lagi2 karenah anak anak semua berlainan. Buat masa ni Addin dah tak masuk kelas pertuturan di H.Ampang. InsyaAllah kami akan masukan Addin ke Tadika atau tempat asuhan. Sebenarnya, anak aku yang sulung...

Indahnya Sabar

Image
Jiwa seorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian. Berbeza diri seseorang, berbeza pula ujian yang dihadapi. Ada pula yang diuji pada tubuh badan. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan, semuanya adalah tanda bahawa itulah kasih sayang ILAHI. Nabi Ayub diuji dengan kesakitan dan kepayahan. Nabi isa diuji dengan kemiskinan. Nabi Sulaiman dengan kekayaan tapi mereka tetap bersabar. Begitu pula Nabi Muhammad s.a.w yang diuji dengan pelbagai rintangan ketika berdakwah. Namun kesabaran mereka begitu luar biasa. Janji ALLAH adalah pasti. Sebagaimana ALLAH menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana ALLAH menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janji NYA bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka telah beriman selagi tidak diuji. Suka atau tidak, pasti ujian itu akan hadir. Mereka yang sabar pasti dapat menghadapinya. Tidak kurang juga ada yang terkandas dan tergelincir. Ada yang berputus asa,...

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Image
Assalamualaikum... Tergerak hati nak berkongsi pengalaman aku sendiri. Disebabkan sebelum ni aku sendiri pernah search pasal pengalaman orang lain. So, aku pun nak kongsi sama. Mana tahu korang pun mengalami pengalaman ni sama macam aku. Well...firstly, aku tak tahu pun aku mengandung. Coz aku baru jer stop makan pil perancang hujung bulan NOV tahun lepas. Dan memang aku dan suami ada planning untuk dapat baby lagi. Agak terkejut sikit sebab terlalu awal untuk laksanakan plan tu. Hurm... Pada bulan JAN 2015, aku tak tahu pun aku mengandung. Tanda tanda mabuk nak muntah tu tak ada pun. So, aku tak expect yang aku hamil. Cuma period tu la yang lambat dan aku jadi sesangat risau. Pada awal FEB 2015, aku sekeluarga pergi langkawi. Masa kat langkawi badan aku cepat penat, dan emosi aku senang sangat terganggu. Kekadang, malam malam aku ni asyik rasa nak makan dan siap minta suami belikan keropok leko. Tapi tak dapat pun. huhuhu... Selepas seminggu balik dari langkawi. Aku buat che...

Rezeki Lebih Tahu 'Alamat' Tuannya

Image
Pada satu hari saya dijemput menghadiri suatu jamuan. Oleh kerana ada janji temu sebelumnya, saya terpaksa menolak jemputan itu. Namun, apabila pulang ke rumah terdapat sebungkus makanan di atas meja. Dikhabarkan ia dihantar oleh orang yang menjemput tadi. Apa lagi yang mahu saya katakan? Begitulah, apabila sudah rezeki, memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah. Tidak Pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya. Mengapa? Kerana sesungguhnya rezeki itu sudah ditakdirkan dari langit. Pun begitu, bukan semua rezeki yang ditakdirkan pada kita itu adalah rezeki halal. Disana ada rezeki yang halal juga yang haram. Ada rezeki yang baik dan sebaliknya. Di sinilah ujian untuk kita. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud: Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. (Al-Baqarah 2: 57) ...

Sebab dan Cara Mengatasi Morning Sickness

Image
Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah. Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang saya boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan. Apakah Penyebab Morning Sickness Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini...

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

Image
Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar, barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan hulur kepadanya.  Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain? Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh katakan makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu. Kemudian, saya melihat kepada saki baki makanan di atas pinggan., ada tulang dan beberapa cebisan lauk berbaki. Nah, sekali lagi, ia bakal menjadi rezeki si semut dan si lipas. Malah mungkin makhluk lain yang tidak saya nampak, iaitu jin. Tulang tulang adalah makanan jin....

al Quran al Mumayyaz (insta : @thelovelabelofficial)

Image
Assalamualaikum.. Buat mereka yang mencari Al Quran untuk belajar mengaji dan tajwid, al Quran AlMumayyaz la jawapannya.  Masa kita kecil dulu, bila nak mengaji kebanyakan kita akan guna alQuran yang tak ada terjemahan tu kan. Kita baca je sampai khatam, siapa paling cepat khatam dia paling terer. Paham ke tak paham apa pelajaran dalam alQuran tu belakang cerita. Now, masing masing dah dewasa kan? Dah tau betapa bermaknanya alQuran dalam kehidupan kita. Dan sekarang ni alQuran yang baru baru semuanya berserta terjemahan. Dan alQuran (gambar) ini pula lengkap dengan tajwid berwarna, transliterasi & terjemahan per kata, asbabun nuzul dan macam macam lagi. Mana mungkin kita tak jatuh hati pada kalamullah ini bila membacanyakan? Apa istimewnya alQuran AlMumayyaz ini?~alQuran per kata ~transliterasi per kata (ejaan ayat alQuran dalam rumi) ~terjemahan per kata (tiap ayat alQuran diterjemahkan) ~terjemahan lengkap dalam bentuk ayat di bahagian tepi ~TAJWID ...

Rezeki Bukan Sekadar yang Nampak di Mata

Image
Apa Itu Rezeki? Menurut pengarang Tafsir al-Quran asy-Sya'rawy , rezeki adalah apa sahaja yang memberi mafaat kepada seseorang. Secara tepatnye beliau menulis: "Rezeki adalah apa-apa yang kita rasakan manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk." Sudah tentu tafsiran di atas mengubah persepsi saya terhadap rezeki. Dalam fikiran saya selama ini, yang dipanggil rezeki tentulah yang baik baik sahaja. Justeru saya akan berasa gembira apabila mendapat perkara yang baik baik dan rasa kecewa apabila berlaku hal yang tidak baik. Beliau menambah : "Bererti apa sahaja yang kita rasakan manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak dapat kita mengambil manfaat daripadanya, (walaupun milik kita) bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain." Nah, sekali lagi persepsi saya terhadap rezeki berubah. Milik saya belum tentu rezeki saya? Saya cuba merenung dan memikirkan hal ini. Dalam setiap kejadian y...

Romantiskah Pasangan Anda?

Image
Cuit Cuit Romantis Assalamualaikum... Adakah suami korang romantis? Apabila bercerita tentang rumah tangga, sering kali terdengar ungkapan si isteri, "suami saya tidak romantis" "suami saya tidak tahu menghargai dengan memberi hadiah" "suami saya tidak ingat tarikh perkahwinan" bahkan ada pelbagai rungutan dari si isteri. Namun begitu, tidak bererti suami tidak merungut tentang si isteri pulak kan? Jikalau semua ini dipenuhi persoalan suami tidak ingat tarikh ulangtahun perkahwinan, tidak menjadi persoalan besar, isteri obes(gemuk) bukan menjadi rungutan pada suami. Ada pelbagai pandangan dalam isu romantis. Ada yang berkata suami romantis apabila menolong kerja kerja di dapur. Kadangkala, masalah yang berlaku dalam rumah tangga adalah kerana hal hal yang remeh. Ia berkait dengan cara kita berfikir dan cara kita melihat sesuatu perkara. Ada pelbagai perspekti dalam merungkai persoalan rumah tangga. Ada banyak resepi mencari kebahagiaan da...

Orang Perempuan Memang Degil

Image
Org perempuan memang degil Org perempuan tak reti serik Dah tahu morning sickness tu teruk, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu perut besar tu berat dan menyakitkan pinggang, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu masa mengandung susah nak tidur, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu kulit tu nanti pecah2 sebab stretchmark, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu sakitnya bersalin tu antara hidup dan mati, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu sakitnya digunting dan dibelah ketika bersalin, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu susahnya nak menjaga jahitan sambil buat aktiviti harian di dalam pantang, masih lagi nak mengandung Org perempuan tak reti serik Dah tahu malam tak boleh tidur dgn lena dan aman bila ada anak kecik yg menyusu, masih lagi nak mengandung Tapi itu lah org perempuan. Kalau Allah selitkan...

Percutian Di Langkawi (cerita pendek)

Image
Assalamualaikum. Alhamdulillah kerna diberikan rezeki untuk naik flight free ke Pulau Langkawi. Hehe...Along aku belanja untuk tiket flight kami sekeluarga dan transport di Lankawi. Seronok sangat.. Seriusly, first time sampai sana. Tak pernah pergi pun tau. so...memang jakun tahap maksima la aku kat sana. Seronok tu susah nak di luahkan. Cuma dapat bersyukur sangat, sebab Allah bagi kami perluang tu.. Aku sebenarnye nak cerita panjang.. dengan naik tangga, kaki menggigil, penat berjalan, terkejut dengan monyet dan kegagayatan naik kabel car lagi..belum lagi rase melambung dalam bot. Fuh!! Sampai rase penat tu hingga ke jari la.. Ape ape pun. Layan jelah gambar yang akak ipar aku share kat FB ni ye... Daa... Wasalam... Sayangnye abah tak ikut...and ade lagi 3org adik beradik tak dapat gi... hurmm..

29hb Projek Tabung : Wakaf Alquran (bantuan banjir 2014)

Image
Projek Tabung: Wakaf Al-Qur'an (kepada mangsa banjir 2014) . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. AlQuran yang hendak diwakafkan kpd mangsa banjir telah pun mencecah 199 naskhah! Jumlah kutipan hingga hari ini adalah RM6,387.00. Dan sumbangan masih tetap kami buka dan terima sehingga 2 Feb 2015. Oleh itu kami putuskan sehingga hari ini; . . Jenis Al-Qur'an yang diwakafkan:  1) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A5) - wasim/mumayyaz/jamil 2) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A4) - mumayyaz/jamil 3) Al-Qur'an (saiz B5) - istimewa madinah . Disalurkan kepada penerima melalui:  1) En. Azman (kpd 4 masjid di Kuala Krai, Kelantan)  2) Pn. Shazana (kpd Kolej Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang)  3) Pn. Ayu (kpd SMK Clifford Kuala Lipis, Pahang)  4) Cik Adyana (melalui pertubuhan Nisa Kelantan) [20 naskhah] 5) Muslim Care Malaysia . Tarikh tutup: 2 Februari 2015 . . Mari bersama saling membantu! Mohon sebarkan!

Projek Tabung : Wakaf Alquran (bantuan banjir 2014)

UPDATE 24 JAN 2015 . Projek Tabung: Wakaf Al-Qur'an (kepada mangsa banjir 2014) . Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Target kami utk mewakafkan 100 alQuran kpd mangsa banjir telah pun dicapai dan kini telah mencecah 160 naskhah! Jumlah kutipan hingga hari ini adalah RM5,060.00. Dan sumbangan masih tetap kami buka dan terima sehingga 2 Feb 2015. Oleh itu kami putuskan sehingga hari ini; . . Jenis Al-Qur'an yang diwakafkan:  1) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A5) - wasim/mumayyaz/jamil 2) Al-Qur'an & Terjemahan (saiz A4) - mumayyaz/jamil 3) Al-Qur'an (saiz B5) - istimewa madinah/hadi . Disalurkan kepada penerima melalui:  1) En. Azman (kpd 4 masjid di Kuala Krai, Kelantan) [80 naskhah, tiap masjid terima 20] 2) Pn. Shazana (kpd Kolej Vokasional Puteri, Temerloh, Pahang) [20 naskhah] 3) Pn. Ayu (kpd SMK Clifford Kuala Lipis, Pahang) [20 naskhah] 4) Cik Adyana (melalui pertubuhan Nisa Kelantan) [20 naskhah] 5) baki selebihnya kpd individu/NGO yang akan ke...

Projek Tabung : Wakaf Al Qur'an

Image
Assalamualaikum... Lama rasenye tak menaip... Alhamdulillah bila rezeki ade, dapat juga betulkan lappy ni. Terlalu banyak benda yang lepas...banyak yang terjadi...tapi tak dapat nak share or catit kat blog ni.. huhuhu... Tahun 2014, it seem like so many things happen. Ujian dari Allah sangat mencabar. Syukur sangat aku masih mampu bertahan sehingga harini. Rezeki tu tak bermakna benda yang baik je...benda yang tak berape baik pun rezeki dari Allah. Mungkin bukan rezeki kita, tapi rezeki orang lain. Alhamdulillah...kini aku tak jual shawl lagi dah. Tapi aku jual Al Quran Pelangi, dengan terjemahan dan tanpa terjemahan. Ada yang baik hati bagi peluang pada aku, jadi akan aku cuba yang termampu. Ohye..kita semua tahu tentang banjir yang berlaku tahun 2014. Semoga mansa mangsa banjir dapat bersabar dan tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah. Dan atas sebab itu juga saya ingin meminta sedikit bantuan dari kawan kawan sekalian. Untuk menyumbang sedikit buat mangsa mangsa banj...