Sebab dan Cara Mengatasi Morning Sickness

Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah.

Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM.

Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang saya boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan.


Apakah Penyebab Morning Sickness
Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini berlaku. Tapi sebab-sebab berikut boleh dikaitkan dengan ‘morning sickness':

1. Kehadiran hormon hcG (Human chorionic gonadotropin)
Hormon ini meningkat dengan cepatnya di awal kehamilan. Dengan peningkatan hcG ini dikaitkan dengan rasa pening dan muntah-muntah di kalangan ibu mengandung.

2. Peningkatan hormon Estrogen pada awal kehamilan.

3. Semasa hamil, deria rasa dan bau ibu menjadi lebih sensitif. Mungkin dengan sebab itu bau-bau yang biasanya ok sebelum ni menjadi satu bau yang tidak boleh diterima oleh ibu tersebut.

4. Perut yang sensitif dengan perubahan semasa kehamilan. Pada waktu ini, perut ibu akan lebih peka dengan perubahan hormon dan itu menyebabkan ibu rasa mual dan muntah.

5. Tekanan. Ibu yang hamil dan dalam masa yang sama mempunyai stress atau tekanan maka akan memburukkan lagi keadaan morning sickness ini. Namun tiada teori kukuh yang membuktikan perkara ini kerana secara lojiknya jika ibu asyik muntah dan loya je sudah pasti si ibu akan mengalami rasa tertekan.

TIPS BAGAIMANA MENGATASI MORNING SICKNESS

1. Elakkan makanan berminyak dan pedas. Makanan berikut akan menyebabkan perut tidak selesa seterusnya menambahkan lagi rasa mual.
2. Elakkan makan dengan kuantiti yang banyak sekaligus. Makan sedikit-sedikit tapi boleh diambil secara kerap.
3. Hisap gula-gula halia/peppermint untuk hilangkan loya.
4. Bawa bekalan kudap-kudapan seperti biskut kering, kekacang untuk mengelakkan perut kosong dan masuk angin jika lambat makan.
5. Ambil vitamin B6 seperti yang terdapat dalam vitamin B. Kenapa perlunya vitamin B6? Vitamin B6 juga dikenali sebagai pyridoxine dan untuk ibu hamil yang alami masalah ini, disyorkan mengambil sebanyak 25mg tiga kali sehari. Boleh diambil sehingga 200mg sehari bagi mengatasi masalah morning sickness. Baca sini untuk cadangan vitamin B6 untuk masalah morning sickness. Jangan lupa yang vitamin B12 juga membantu dalam masalah rasa nak muntah dan mual ini. Dapatkan nasihat doktor.

Ibu Hamil Yang Berisiko Tinggi Mendapat Morning Sickness

Jika ibu hamil kembar. Bila hamil kembar, hormon hcg adalah lebih tinggi dan akan tingkatkan risiko ibu mengalami morning sickness.
Mempunyai sejarah morning sickness pada kehamilan terdahulu.
Mempunyai sejarah ibu atau adik beradik yang mengalami morning sickness. Maka anda mungkin akan juga berisiko tinggi.
Ibu mempunyai sejarah migrain.
Anda mengandungkan bayi perempuan:)

Apakah dia Hyperemesis Gravidum ini?

Satu keadaan di mana keadaan morning sickness yang keterlaluan hingga ibu kehilangan cecair dalam badan, hilang berat badan dan langsung tidak boleh menyimpan sebarang tenaga. Boleh lihat di bawah untuk melihat perbezaan antara morning sickness dan hyperemesis gravidarum.

Beza Antara Morning Sickness dan Hyperemesis Gravidarum:

Morning Sickness: Loya dan sesekali muntah, loya dan pening beransur berakhir pada minggu ke 12.  Loya dan muntah yang tidak menyebabkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan) dan juga muntah tetapi masih boleh menyimpan sedikit makanan dalam badan.

Hyperemesis Gravidarum: Loya dan muntah terlalu kerap. Loya dan pening tidak beransur baik walau sudah masuk minggu ke 12. Muntah hingga menyebabkan dehidrasi pada badan dan juga disebabkan muntah yang terlalu teruk sehingga tiada makanan boleh disimpan dalam badan.

Walaupun masalah morning sickness dan hyperemesis Gravidum ini boleh merisaukan bakal ibu tapi jangan risau, ianya hanyalah sementara. Jadikan perjalanan kehamilan satu memori manis. Walau mabuk dan muntah-muntah tapi selepas habis fasa itu, ibu akan kembali ke normal dan menikmati hari-hari dengan lebih sempurna.

Dan berita baik buat ibu hamil yang alami masalah ini, berbanggalah jika anda hadapi keadaan ini kerana kajian menunjukkan ibu hamil yang mengalami loya dan muntah teruk masa kehamilan menunjukkan yang kandungan mereka sangat sihat.


Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. description Ysl replica browse around this web-site replica louis vuitton bags moved here Fendi Dolabuy

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi