Sebab Malaikat Tidak Masuk Ke Rumah





Assalamualaikum.
Anak aku kalau tak boleh tidur, habis semua orang die kejut. 
Last last mata aku merah, kepala pun pening. Sabar jelah. Mungkin jap lagi tidurlah tu.

Hurm, korang rase malaikat masuk tak rumah korang? Aku tak pasti malaikat masuk rumah aku ke tidak. Yang pasti semua kat bawah ni alhamdulillah aku tak buat kecuali kekadang suara aku kuat jugak bila marahkan anak, cuma bukan selalu la. Ape ape pun, harap malaikat sudi masuk ke rumah aku ni. In shaa Allah.
Yang penting sedar kesilapan dan perbaiki sesama. Kan?
Jom renung renungkan.



1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing. 

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.


5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.


6- Rumah yang sering meninggikan suara.


7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.


8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.


9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .


10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.


11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.


12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.


13- Rumah pemakan riba,intres.


14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.


15- Rumah yang memiliki patung-patung.


16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.


17- Rumah yang didiami peminum arak.


18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.


19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.


20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.


21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).


22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.


Sama sama kita berusaha mendapatkan keredhaan-NYa..




Comments

  1. thanks for sharing bonda! :) marilah sama2 kita jaga ;) InShaaAllah .. thanks too sudi dtg blog cx.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya