6 Sifat Wanita Yang Di Sukai Lelaki





Ini juga di kira macam tips nak memikat lelaki yang disayangi la. Jom kita try. Hehe. Kalau aku, dah memang bersifat keibuan. Anak dah 2orang pun, tu pun nak plan lagi. Just nak share la, manetau ade lelaki idaman yang nak dipikat untuk buat suami. Kikiki.


1. Sikap Keibuan
Kekalkan sifat keibuan yang anda miliki. Ingat, itulah antara tanda salah satu sifat yang membuatkan suami anda jatuh cinta ketika di awal pertemuan. Wajah lembut itu mampu membuatkan jiwa lelaki tenang walaupun hakikatnya anda berdua sudah berusia.

2. Keanak-Anakan
Jangan anggap usia sebagai penghalang untuk anda sesekali berperangai seperti kebudak-budakan. Asalkan wajar dan tidak melampau. Wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Penuh Pengertian
Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Misalnya, jika suami anda melakukan kesilapan, elakkan mengeluar kata-kata kesat dan tuduhan.

4. Menghargai
Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga dan sangat mensyukuri kehadiran anda.

5. Menjaga Penampilan
Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya.
Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya.

6. Pandai Berbicara
Lelaki amat tertarik dengan wanita yang pandai berbicara dan boleh di ajak berbual. Biarpun topik yang dibualkan bukan kegemaran anda, tetapi anda harus bijak mendengar dan memberi respon kepada perbualannya.
Lelaki juga suka dengan wanita yang pandai bergurau dan menyelitkan jenaka dalam komunikasinya

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi