Luang Masa Sambil Memancing

Assalammualaikum dan hai.

Aku baru balik dari kampung malam tadi. Rindu dah nak balik rumah ku syurga ku ni...hihihi.. 3hari jugak la aku kat kampung, dan 3hari tu la cuace elok tersangat sangat. Panas!! Tapi alhamdulillah, boleh juga kami keluar berjalan jalan. Kalau asyik hujan je, memang terperap kat rumah je la...ye tak??

Semalam aku follow my hubby and mak abah gi memancing kat Batang Berjuntai. Cuace memang elok je, tapi aku tak berape tahan sangat la..dengan karenah anak lagi. Asyik nak merayau aje, risau jugak aku. Itu yang buat aku cepat penat.


Tengok gambar mak aku, cantik pula gambar ni kan. Seronok sebenarnya tengok orang mancing, lagi lagi kalau diorang dapat tarik ikan tu naik. Fuh! memang puashati la. Mak abah and hubby aku tu kaki pancing. Tu yang diorang boleh masuk je kepala. hehe... Selamat dapat berteduh kat bawah pokok kelapa sawit ni, sejuk ditiup angin.



Sempat lagi snappy snappy gambar dalam kereta. So, dah takde keje kan, anak pun tido masa tu. Ape lagi dong!! Jangan buang mase yang tersedia terbuang ni.. Korang pun kekadang cam aku jugak kan? Tak baik tipu....



Addin pun seronok kat sane. Tengok la tu, boleh buat oppa gahnam style. Dengan mulut muncung muncung lagi, kelakar betul. Macam macam karenah die. Habis semua barang barang nenek die buat main. Keluar lah bunyi bunyi menghalau ikan. hahaha...sampai umpan nenek habis bagi ikan makan. Tu yang takde seekor pun yang naik. Tapi last last pun dapat juga ikan, alhamdulillah..




So, korang pun minat memancing ke? Orang dulu dulu kate, kalau isteri tengah mengandung, suami tak boleh pergi memancing. Dikuatiri mulut anak yang bakal lahir terbelah. Tapi tu hanya pantang larang orang orang dulu, coz takut jadi sesuatu pada suami. Semuanye kan ketentuan Allah. Kite ni kena la banyak berdoa yang baik baik, bukan dok fikir yang bebukan. Lagipun tak baik percaya benda benda karut ni, syirik! Kite cume dengar dengar je, dan berwaspada. Betul tak?  Oklah..wasalam peep's.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

IDEA- Bunga Telur