23Dec12- Di Perak! Kuala Kangsar

Assalammualaikum.

  Kembali kite menjalajahi bumi Perak. hihi. Oklah, aku sambung balik cerita pasal aku di Perak.


Pagi ahad(23Dec) tu kami planing nak mandi air terjun. So memang awal awal lagi sebelum kami di Perak, abang aku(Along) dan kak ipar dah gi berjalan ke sana. Untuk survey homestay dan tempat tempat yang akan jadi persinggahan kami.




So pagi tu kami semua pergi bermandi manda di Lata Kekabu. Bak kata abah, Lata kelambu. hahaha..
Disebabkan dah plan awal, mak abah aku memang angkut periuk nasi, periuk belanga dan segala periuk la yang ade. Semuanye untuk perkelahan kami di air terjun. Haih! kalau boleh bawa dapur dan tong gas, agaknye dah lame diorang bawa.


Lepas dah sibuk cari kawasan berkelah dan angkat barang, diorang start la mula membakar kayu kayu dan tempurung kelapa. Tapi, orang pertama yang turun ke dalam sungai adalah AKU dan ADDIN. hahaha.... Punya la tak sabar. Yelah..aku mane nak tunggu cam tunggul tengok dorang membakar. Bosan betul! Tu yang aku masuk air dulu dengan anak.




Yang lain punya la malu malu nak mandi manda, tapi bile aku dah rasmi basah, diorang baru sibuk nak terjun. Tapi aku memang tak boleh tahan geram tu bila Addin masuk air. Asyik nak menangis je, tapi tangan dok kocak kocak air. Nyampah aku! (Alahai anak)




Kami kat sana bukan bakar bakar biasa je, siap ade ayam and otak otak lagi. Fuh! sedap betul! (tetiba rase nak makan otak otak lak) Yang lagi best, Hotdog Terbakar hangus! hahaha...sape la chef tu. (komen sikit chef?)






Lepas sejam Pak sedara datang pula dengan isteri dan anak anak. Die siap bawa durian pulak tu. Fuh! Marvelos lah! Ape lagi, diorang sume pakat bantai makan durian la. Lagi lagi memang lepas sejuk mandi, dah tu bukan itu je, my family memang hantu durian(termasuk my hubby). Memang pantang nampak, dah makan memang pantang kalau tak sendawa. Habis bau dalam kereta. Sabau ajelah kan~ Then tetamu last kami pula sampai(lin dan brother sister). Masa tu dah nak gerak balik pun. Diorang pun dapat juga merase otak otak klang.(sedap kan? kan?)




Balik homestay dapat la kami rehat sekejap, pastu plan nak ke Tapah ade kenduri kahwin. Akak biras aku punya adik bungsu kahwin lorh. But, before tu kami plan nak gi merayau di Bandar Kuala Kangsar.








So, ni lah gambar yang kami dapat sepanjang di Bandar Kuala Kangsar. Gambar yang paling aku suke tu, mase di rumah tinggalan lame. Cantik cantik! Last last plan nak ke Tapah pun tak jadi, so kami terus balik Kuala Lumpur je. Mungkin belum ade jodoh nak ke sana. Insya Allah lain kali la kot. 

















Oklah, korang cuci cuci lah mata ye. Aku dah lapo..hohoho. Tata~ Wasalam.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

IDEA- Bunga Telur