19&20Jan - Di PD Pertama Kalinya


 Assalammualaikum.

Hai peep's. Sebenarnya aku rase malas nak update harini. Tapi disebabkan janji aku nak kongsi pasal aku ke PD haritu punya pasal, so aku gagahkan jugalah menaip. hohoho...bile penyakit M ni datang, memang rase nak golek golek atas katil je. (empuknye katil aku..)

Hurm...balik semula pada 19Jan. Lepas kami melawat akak biras lepas bersalin, kami terus bertolak ke Port Dickson. Memang masa tu dah takde niat nak singgah memana pun. Aku ni pulak sejak mengandung adek ni, selalu pening bila jalan jauh. Mase mengandung yang sulung takde lak rase macam tu. Lain pula pe'el adek ni ye.

Kami sampai pada pukul 2.25petang. Aku tengok rumah tu macam sunyi je, cuma dengar bunyi Tv. Yang aku nampak nenek dan Atiqah(adik aku) tengah tengok Tv. Mak aku tak perasan pulak. Oh, ayah aku tengah bantai makan nasi dengan ayam masak ungkep rupenye. Sedap sedap!!

Along aku pulak, tengah mandi kat kolam dengan anak buah akak ipar. Seronok korang ye...kolam sebesar tu cuma korang berdua je. Tak acih betul!!  Soooooo, aku pun tak lepaskan peluang untuk join sekali dengan anak aku. hahaha....


Tapi anak aku asyik menangis je sepangjang mandi dalam kolam tu. Rupanye die belum menyusu lagi. Ofcos perut die lapar la. Aku pun lupa yang die bangun dari tido, langsung tak minum atau makan ape ape. Kesian anak bonda ni, bonda minta maaf ye. (TERUKNYE AKU!!!)

Ok, lepas mandi di dalam kolam yang penuh dengan pasir. Aku dan anak aku makan dulu. Pastu barulah aku ke tepi pantai. Berdua je dengan Addin, hubby aku entah mane pergi. Sibuk dengan pancing, dengan abah aku pulak tu. Elok lah~






Aku tak dapat nak join diorang mandi laut. Sebab aku bawak Addin, dahtu belum dengan anak aku dalam perut ni lagi. Risau lak jadi ape ape pulak nanti kan. (padahal taknak kulit hitam, hihihi) Lepas puas jalan kat pantai, Addin pun dah puas rase pasir laut. Aku pun balik....tinggal lah diorang yang masih mandi manda. Dan, kebetulan pulak mase nak balik tu hari hujan. Alhamdulillah~


Selepas hujan yang tak berape lebat, aku bersama hubby, Addin, Muaz(adik) dan Atiqah(adik) go snaping. hahaha.. Memang bergambar jelah keje aku kat sane.







Kami menetap di banglo PKNS Bayu Resort. My akak ipar pekerja pkns, so senang la nak booking. Nak kata mahal tu aku tak pastilah, tapi mampu la kalau nak sewa. (yelah kot) Aku pun lupa nak tanya abang aku tu.





Malam tu aku tak kemana pun. Sebab mak, abah, husband, along dan akak ipar ada plan nak gi mancing kat laut. So, aku wacthing Tv jelah. Lagipun, entah ade ke tidak ikan malam tu. Diorang balik pukul berape pun aku tak tau, memang tak sedar langsung. Mane tidaknye tido dalam aircond, sedaplah. Dengan berselubung dengan selimut lagi. Huh! Bayangkan la~


Pagi pagi lagi aku dan anak dah bersiap. My hubby kata nak gerak awal, coz nak balik ke Segamat, Johor. Jauh lagi perjalanan ni...







Lepas dah sarapan ape semua, kami pun bertolak dalam pikul 9.20am. Sampai kg.Segamat dalam pukul 2pm. Alhamdulillah~

Hah! Selesai sudah. Senang hati sikit, kalau tak asyik dok pikir bile nak post pasal gi PD ni. Em...apelagi. Selamat malam, mata sudah ngantuk lorh. huhuhu.. bubye...Wasalam~


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

IDEA- Bunga Telur