Malas Lagi!!

Assalamualaikum.

Hai korang. Harini orang ramai dah mula berpusu pusu balik kampung. So...korang macam mana?
Tak balik kampung lagi ke?


Sesak jalan nak ke selatan petang tadi. Semua orang dah tak sabar nak sambut raya. Tu belum lagi tunggu esok, lagi banyak kereta agaknya. Penuh la jalan gamaknye..

Aku? Esok aku nak gi bazar kat shah alam. Then berbuka puasa di rumah abang ipar aku, tak kan umah abang ipar korang lak kan. Hahaha...

Raya tahun ni aku balik rumah mak aku. Yeah!!! Kat Jeram Selangor. Siapa budak Jeram or Kuala Selangor angkat tangan? Siapa? siapa? Meh la datang rumah ye. Coz raya ke dua dah balik Segamat Johor. Alorh....

Hee...alah...aku bukan kesah sangat pun nak raya memana. Yang penting dengan siapa aku beraya. Bukan beraya duduk depan tv sambil tengok orang nyanyi lagu raya. Langsung tak bermakna hari raya camtu. Kan kan?

Sebenarnye aku dah lari dari tajuk entry aku sendiri ni. Hihihi...mengong! Hurm...banyak Ga yang aku tengok masih lagi berlangsung dan baru baru je lagi start. Tapi aku tak dapat nak join. Coz line broadband aku ni dah mula slow malu. Kalau entry ga tu ade ramai sponsor, lagi la lame loading. Tu pun kalau habis loading, kalau tak memang la tak keluar gambar langsung.

So, aku nak minta maaf sesangat coz tak dapat nak suport semua para penganjur. Nak kena tunggu sampai line laju, baru la aku dapat balas dendam sampai join semua ga mati matian. hahaha...macam nak gi perang.
Apepun, i'm so sorry very much sampena bulan puasa dan hari raya yang makin dekat ni. Aku minta maaf bebanyak ok. Korang jangan marah sampai tak nak ssinggah langsung blog aku ni. Kesian blog aku ni, dah la comel and sweet tapi takde orang datang lawat. Hahaha....Bapak poyo la aku ni!!

Oklah, dah malam ni. Pergi tido la!! Daa....Wasalam.


Comments

  1. salam.. singgah BW sinii.. ;)
    http://warnawarnithecolorz.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan bonda qalish ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya