22 Dec- Tahniah! Selamat Bertunang

Assalammualaikum.

  Pepagi ni rasa badan tak sedap pula. Padahal dah makan tadi, siap order nasi lemak lagi. Ngidam punya pasal la nih. hee.. Tq my hubby, Love you a lots..

Back to the top.. 22 Dec hari tu my family and i go to PERAK (with my husband lorh). Untuk Majlis Pertunangan Abang aku, yang aku ni kan dah langkah bendul. Apa boleh buat, jodoh aku sampai dulu. hee.. (aku senyum je ni) Alhamdulillah.

Kami bertolak dari rumah pepagi lagi, tapi aku plan nak singgah rumah kawan dulu, nak send hadiah. Coz die kawen pada hari yang sama aku nak gi Perak ni. Tahniah juga buat kawanku Saadah dan suami, Selamat Pengantin Baru ye... 
Angah dan tunang (Lin)
After bagi hadiah, kami terus gerak masuk highway. Abah kata dari selangor ke perak tak la ambil masa lama sangat. Dalam 2-3jam je, dan kami semua berpakat berkumpul di Perhentian Rnr Ipoh (kalau seingat aku la). Tapi, nak sampai ke Ipoh tuuu......jem giler!! 

Lame jugak terperangkap! Rupa2 nye ade pelanggaran sikit kat tepi jalan dari arah yang bertentangan. Yang pelik tu jalan sebelah sini yang jem, semua jakun nak tengok ape yang berlaku. (biase la, orang malaysia ni prihatin sikit) Huh! Menci betol!


Rasenye dalam perjalanan nak sampai ke Ipon dan Kuala Kangsar pada hari tu memang memenatkan la, coz banyak sangat kawasan jem. Lagi 1 jalan orang nak naik ke Cameron Highland pun jem sesangat! Nasib la pada mereka mereka yang tersangkut ye.



Aku ,suami dan anak
Dah penat tersangkut dalam perjalanan, akhirnya sampai jugak kami di Homestay,Sauk. Besar jugak rumah ni..rumah dua tingkat ni kalau aku dapat, memang puas hati la. hee.. Yang best tu, tempat parking boleh masuk sampai 3bijik kereta. Bagus!!


sebahagian dulang hantaran dari pihak lelaki
Lepas dah siap siap tukar baju dan kemas dulang, kami terus ke rumah yang dijanjikan. Siap bekhemah lagi..kalau tak silap tuan rumah ade buat cukur jambul. kan tuan rumah?? Hikhik...sape nak jawap tu...


Proses penyarungan cincin


Mak and bakal besan


aku, bakal kakak ipar dan kakak ipar


Mak abah dan keluarga Lin


Sikembar yang comel!
Alhamdulillah selesai sudah segala urusan pertunangan Angah ni. Ape yang patut di bincang dah pun di suara kan, sekarang ni just waiting tarikh untuk majlis pernikahan pula.

Yang aku, sempat lagi bergambar dengan si kembar yang tomey ni! Geram betol aku! Kalau aku dapat kembar jugak...tak tau nak cakap macam mana. Memang bersyukur sangat sangat!


Oklah, rase cam panjang je aku taip ni (panjang la sangat). Perut mula berbunyi. Nanti aku story sambungan nya ye.. k,tata.

Wasalam...

-To my brother, jaga diri kat Lubnan tu (darah tengah manis ni). Simpan la duit untuk kawen ye...tapi jangan lupa ole ole sane. Kami menunggu kepulangan (lagi lagi mak dan abah...si bakal isteri juga, ofcos).

Comments

  1. Hi,saya singgah sini n follow.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

REVIEW : NATURACTOR COVER FACE MEIKO JAPAN

2015 - Pengalaman Keguguran Pertama Kali

Berabad Rasanya