Posts

Sebab dan Cara Mengatasi Morning Sickness

Image
Namanya sahaja morning sickness tapi ada ibu mengandung yang mengalaminya sepanjang hari! Bukan sahaja pagi malah petang dan malam. Seksanya hadapi morning sickness ni tambahan lagi sebab segalanya jadi serba tak kena. Rehat salah, tak rehat lagilah salah. Morning sickness ni adalah rasa loya, mual yang berlaku pada 1/3 dari ibu mengandung terutama di awal kehamilan iaitu pada trimester pertama dan mula berkurangan apabila masuk trimester seterusnya. Tetapi jika masalah morning sickness ini terlalu teruk, ia boleh pula mengundang HYPEREMESIS GRAVIDARUM. Masalah morning sickness ini boleh bermula dari minggu keenam kehamilan ataupun boleh juga berlaku seawal minggu keempat dan akan semakin kuat dirasai untuk bulan seterusnya. Apa yang saya boleh cakap adalah bersabarlah kerana ianya insyaAllah akan berakhir dan lepas tu mulalah fasa anda merasakan keindahan kehamilan. Apakah Penyebab Morning Sickness Tiada sebab yang specific yang boleh mengaitkan kenapa ‘morning sickness’ ini...

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

Image
Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar, barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan hulur kepadanya.  Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain? Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh katakan makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu. Kemudian, saya melihat kepada saki baki makanan di atas pinggan., ada tulang dan beberapa cebisan lauk berbaki. Nah, sekali lagi, ia bakal menjadi rezeki si semut dan si lipas. Malah mungkin makhluk lain yang tidak saya nampak, iaitu jin. Tulang tulang adalah makanan jin....