Posts

Milik Kita Belum Tentu Rezeki Kita

Image
Suatu hari semasa sedang makan di sebuah kedai, seekor kucing datang mengiau-iau di sisi saya. Keadaan ia mengiau begitu bersungguh-sungguh, malah suatu ketika ia melompat ke atas meja. Melihat kucing itu hati saya tersentuh. Kucing ini sangat lapar, barangkali. Lalu saya ambil sedikit daripada lauk yang ada dan hulur kepadanya.  Kejadian ini membuatkan saya berfikir lagi, mengapa kucing ini datang ke meja aku, bukan meja orang lain? Saya datang ke kedai makan ini, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit saya. Oleh itu saya boleh katakan makanan di pinggan adalah milik saya. Itu kata saya. Hakikatnya milik saya bukanlah semuanya rezeki saya. Rupa-rupanya sebahagiannya adalah rezeki kucing itu. Kemudian, saya melihat kepada saki baki makanan di atas pinggan., ada tulang dan beberapa cebisan lauk berbaki. Nah, sekali lagi, ia bakal menjadi rezeki si semut dan si lipas. Malah mungkin makhluk lain yang tidak saya nampak, iaitu jin. Tulang tulang adalah makanan jin....

al Quran al Mumayyaz (insta : @thelovelabelofficial)

Image
Assalamualaikum.. Buat mereka yang mencari Al Quran untuk belajar mengaji dan tajwid, al Quran AlMumayyaz la jawapannya.  Masa kita kecil dulu, bila nak mengaji kebanyakan kita akan guna alQuran yang tak ada terjemahan tu kan. Kita baca je sampai khatam, siapa paling cepat khatam dia paling terer. Paham ke tak paham apa pelajaran dalam alQuran tu belakang cerita. Now, masing masing dah dewasa kan? Dah tau betapa bermaknanya alQuran dalam kehidupan kita. Dan sekarang ni alQuran yang baru baru semuanya berserta terjemahan. Dan alQuran (gambar) ini pula lengkap dengan tajwid berwarna, transliterasi & terjemahan per kata, asbabun nuzul dan macam macam lagi. Mana mungkin kita tak jatuh hati pada kalamullah ini bila membacanyakan? Apa istimewnya alQuran AlMumayyaz ini?~alQuran per kata ~transliterasi per kata (ejaan ayat alQuran dalam rumi) ~terjemahan per kata (tiap ayat alQuran diterjemahkan) ~terjemahan lengkap dalam bentuk ayat di bahagian tepi ~TAJWID ...