Posts

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Image
Assalamualaikum. Allah SWT Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa. Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahny...

Review : Sampul Duit Raya Yang Ekslusif 2014

Image
Assalamualaikum. Harini aku nak review something yang sangat ekslusif. Tapi aku stress bila update guna App blogger ni gambar tak boleh nak letak banyak, nak upload susah. Geramnye...lappy pula rosak. Tak ke sakit hati tu. Ok, tak mow marah lebih lebih bulan puasa ni. Kali ni aku nak review something yang cute and sesuatu yang akan buat budak budak bile time raya ni sengeh sengeh dapat duit raya. Ofcos la sampul duit raya, tapi sampul ni bukan biasa biasa tau. Sampul kali ni sangat la limited punya. Meh tengok ape yang aku dapat Sampul Raya kali ni. Yeah! Sampul JDT. Ini kalau bagi anak buah kat johor tu, menggila kejap diorang. Haha.. Dah tak kesah isi dalam tu seringgit pun, janji ada Sampul Duit Raya JDT ni. Best kan. Meriah la hari raya diorang. Yang ni pun best. Pada sesiapa yang giler candy crush tu, elok la beli sampul candy raya tu. Baru la owsem di hari raya nanti. Kan? Hihi. Aku nak letak gambar bebanyak, tapi tak boleh. Sadisnye.. Tak best tau review guna ga...