Ingin Anak Anak Genius? Jom Baca
Mendidik Anak Genius Bermula Dari Dalam Rahim Ibu Ketahuilah, pembentukan anak yang genius dan soleh bermula ketika dia berada di alam rahim. Jadi, kehamilan merupakan tempoh penting untuk membolehkan si cilik meniti perkembangan positif. “Semua anak dilahirkan pintar tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad memben tuk masa depan anak.” Demikian pandangan kaunselor terkenal, Fadzilah Khamsah. Oleh yang demikian, jadikanlah dunia awal bayi iaitu alam rahim sebagai institusi pertamanya mempelajari pelbagai perkara baharu. Janin boleh dirangsang melalui kaedah-kaedah tertentu. Panduan berikut mungkin dapat membantu anda merealisasikan harapan yang diimpikan. 1- Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi. Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak i...