Indahnya Sabar
Jiwa seorang hamba tidak pernah terlepas daripada ujian. Berbeza diri seseorang, berbeza pula ujian yang dihadapi. Ada pula yang diuji pada tubuh badan. Sama ada ujian itu berbentuk kesusahan atau kesenangan, semuanya adalah tanda bahawa itulah kasih sayang ILAHI. Nabi Ayub diuji dengan kesakitan dan kepayahan. Nabi isa diuji dengan kemiskinan. Nabi Sulaiman dengan kekayaan tapi mereka tetap bersabar. Begitu pula Nabi Muhammad s.a.w yang diuji dengan pelbagai rintangan ketika berdakwah. Namun kesabaran mereka begitu luar biasa. Janji ALLAH adalah pasti. Sebagaimana ALLAH menjanjikan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian, sebagaimana ALLAH menjanjikan ada kemudahan selepas kesulitan, begitu juga janji NYA bahawa setiap mukmin tidak akan hanya dibiarkan berkata mereka telah beriman selagi tidak diuji. Suka atau tidak, pasti ujian itu akan hadir. Mereka yang sabar pasti dapat menghadapinya. Tidak kurang juga ada yang terkandas dan tergelincir. Ada yang berputus asa,...