Melayan Karenah Anak-Anak



Assalamualaikum..
Rasa macam terlalu lama tak update blog ni dan dah mula slow silent dah aku dengan blog ni. Makin anak anak membesar, makin kurang rasenye aku ngadap lappy. Well, dengan lappy yang tak berape menarik perhatian aku. Rosak sana, rosak sini. huhuhu... (Banyak pulak songeh aku.)

Sepanjang tahun 2015 ni macam macam peristiwa yang berlaku. Malah aku pun tak sempat nak update and story pada korang semua. Even sekarang ni, anak aku dok sibuk ngendeng sebelah aku. Pastu, hilang segala idea dalam kepala ni. hahaha...

Aku pun bukan ada kerjaya, aku cuma surirumah setiap masa. Banyak masa aku dengan family jer. Tu sebab aku ni garang macam singa. Stress di rumah ni lain kalau di bandingkan stress di office. Kan? Tu sebab jadi Bonda ni tangungjawab besar sangat. Lagi2 karenah anak anak semua berlainan.

Buat masa ni Addin dah tak masuk kelas pertuturan di H.Ampang. InsyaAllah kami akan masukan Addin ke Tadika atau tempat asuhan. Sebenarnya, anak aku yang sulung ni lambat perkembangan dia dalam pertuturan. Umur dia sekarang 4tahun, tapi still tak pandai sebut dengan betul and buat ayat. Yang lain Addin ok, cuma pertuturan sahaja. Doc sarankan agar dimasukan ke Tadika, supaya berkawan. Aku redha dan berdoa yang terbaik untuk abang Addin ni..

Affan pulak, masih juga sama macam Addin. Kurang bercakap, tapi ada masa aku ternampak dia ada tanda tanda nak membaca. Affan banyak berlajar bercakap dengan Addin. Diorang berdua je faham ape yang diorang cakap. tapi AKU TAK FAHAM! Tak sabar nak dengar anak2 ni banyak mulut bertanya. hehehe 
Sekarang ni Affan tengah demam, badan dia panas betul. Padahal baru je baik demam baru2 ni. Mungkin faktor cuaca agaknye.

Oklah, ada story lagi nanti aku share. InsyaAllah jumpa lagi nanti.
Wassalam...



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun