Rezeki Lebih Tahu 'Alamat' Tuannya




Pada satu hari saya dijemput menghadiri suatu jamuan. Oleh kerana ada janji temu sebelumnya, saya terpaksa menolak jemputan itu. Namun, apabila pulang ke rumah terdapat sebungkus makanan di atas meja. Dikhabarkan ia dihantar oleh orang yang menjemput tadi. Apa lagi yang mahu saya katakan?

Begitulah, apabila sudah rezeki, memang akan tiba juga. Tidak terkurang sedikit pun. Tidak terlewat atau lebih cepat walau sesaat. Jelasnya, tiada yang namanya kebetulan. Semuanya berlaku atas izin Allah.

Tidak Pernah rezeki itu terlewat atau terlambat menemui tuannya. Mengapa? Kerana sesungguhnya rezeki itu sudah ditakdirkan dari langit. Pun begitu, bukan semua rezeki yang ditakdirkan pada kita itu adalah rezeki halal. Disana ada rezeki yang halal juga yang haram. Ada rezeki yang baik dan sebaliknya. Di sinilah ujian untuk kita. Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran yang bermaksud:

Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. (Al-Baqarah 2: 57)

- Mudahnya Menjemput Rezeki -

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun