Review : Collagen Crystal Eye Mask (Produk Sendiri)



Assalammualaikum.

Sekarang ni waktu petang memang dah selalu sangat hujan. But, catuan still berjalan macam biasa. Hurm, tak faham aku..hujan but still kata air kat empangan boleh habis dalam masa 29hari.
Mungkin itu anggaran diorang kot. Orang Malaysia ni pun bukan pandai jimat sangat. Yup, aku pun sama gak..lagi lagi time basuh pinggan, air laju je keluar. hihihi.


Ok, jom start my review about this eye mask. 
Well, biasanya orang guna eye mask ni time nak tidur. Tapi aku guna time dah bangun tidur baru pakai.
Entah kenapa pagi tadi aku rasa macam bengkak je mata ni. Mungkin aku tidur lewat kot malam tadi, yelah asyik mengadap lappy je tu yang mata pun dah macam panda.


Actually mata aku memang dah macam panda dari dulu. Dah susah sangat nak hilangkan, even aku guna uncang teh atau timun sejuk pun still gelap juga. Tapi taklah segelap dan selebam macam pagi tadi. Memang nampak sesangat. Dah macam mata burung hantu versi panda pun ade. huhuu..

Ok, first time guna eye mask ni memang best. Mudah sangat melekat kat kulit dan rasa sejuk je.
Rasa seronok je pakai eye mask ni, siap ade crystal gold lagi. Emas emas gitu mata aku ni. haha...


Sorry sangat coz gambar tak berapa menarik sangat. Yelah, guna cahaya lampu bilik je tu yang kabur.
Dan sorry sangat coz takde info pasal this produk. (sebenarnye malas nak cari..)

But eye mask ni still ok, dengan penggunaan kerap la.
Kalau nak terus hilangkan lingkaran gelap bawah mata tu rasanya kena makan suppliment or guna produk penjagaan kulit. Buat masa ni pun aku just makan K Colly je.
Mungkin akan datang aku akan buat testi sendiri kot. Hope tiada halangan la.


So, hasilnye selepas sejam pakai eye mask ni. Kurang dah sikit bengkak and hitam bawah mata. 
Flash light ni buat gambar ni lari sikit dari kulit sebenar.
Gambar sebelum takde lak nak bezakan. hee... Terlupa nak ambil gamba sebelum. Sorry..

Oklah guys. Terima kasih coz sudi stalk kat blog aku yang tak seberapa ni.
Dan baca review yang pendek ni. hehe...
Take care ok. Daa..
Wasalam..




Comments

  1. Ryna pon pakai eyemask gold nie ^^ haha best je bila pakai

    ReplyDelete
  2. eyemask nie sy belum try lg ada free give dr seseorg..mcm best je pakai..tgh cari hari yg sesuai utk pakai..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Slm kenal

    Mcm ok je...boleh la try kot hilang lebam kt bwh mata :-)

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun