Pantang Larang Ketika Haid Dan Penjagaanya





Assalamualaikum.




Gadis/wanita biasanya menganggap kedatangan haid sebagai suatu yang merimaskan. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana itu menandakan kita seorang yang sihat. Darah haid adalah darah kotor yang perlu keluar pada setiap bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika haid: 

1. Antara tanda kedatangan haid atau sesudahnya ialah *ditumbuhi jerawat*besar dimuka. Jangan diusik-usik atau dipicit jerawat tersebut apalagi dengan tangan yang kotor. *Sapukan ubat jerawat* bagi menghilangkan kesan parut.

2. Sebaiknya *mandi dengan air suam*bagi memulihkan kelesuan.

3. Elakkan membasuh rambut pada hari pertama kedatangan haid hingga hari keempat kedatangan haid. Ingat jadual bulanan haid. *Sebaiknya basuh rambut sehari sebelum kedatangan haid.* Jika terpaksa gunalah air suam. Cara ini dapat melancarkan perjalanan darah kotor disamping mengelakkan*berlakunya keputihan*. Kekerapan membasuh rambut pada hari pertama hingga keempat menyebabkan darah berhenti sebelum waktunya.

4. Hindarkan minuman bergas dan berais.

5. Kurangkan makan *makanan yang berbau hanyir* seperti ikan masin, udang dan sotong supaya darah tidak berbau hanyir. Pengambilan *protein dari kekacang* seperti air soya, tauhu atau tempe amat digalakkan.

6. Untuk penyucian dalaman, minumlah jus *kunyit yang dicampur air asam jawa dan sedikit gula melaka*. Air kunyit menyembuhkan bengkak dan menghindarkan bau hanyir. Asam jawa melancarkan darah. Sukatannya, tumbuk seketul ibu kunyit sebesar ibu jari kaki sendiri. Perah dan ambil patinya. Campurkan dengan sedikit air asam jawa, air suam dan gula melaka (sesedap rasa). *Minum sekali sehari*.

7. Cuci tuala wanita sampai bersih, bungkus dengan surat khabar lama untuk dibuang. Pakaian dalam yang kotor hendaklah *segera dicuci*, jangan dibiarkan berendam terlalu lama. Ia merupakan keaiban diri yang perlu dijaga.

8. Sepanjang tempoh ini *banyakkan berzikir* supaya hati sentiasa tenang, badan cergas dan dijauhkan dari segala gangguan yang tidak diingini. Amalkan doa:

"Segala puji bagi Allah atas tiap-tiap kurnia dan nikmat dan aku meminta ampun kepada Allah daripada tiap-tiap doa."



Ps: yang penting kena rajin jaga kebersihan agar takde bau yang kurang menyenangkan. Kan?



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun