2hb Nov 2013 Akad Nikah Angah & Lin


Minggu lepas punye cerita, baru harini nak update. Ape bole buat prasaan malas tu melanda tangan aku ni. Lagipun aku tunggu gambar majlis perkahwinan belah perempuan tak dapat dapat. Angah aku la, die malas and busy je memanjang? So sekarang ni aku share time nikah jelah ye. Lagipun bukan banyak pun gambar die. Ape ade jelah ye u'olls.



Well, kami bertolak dari selangor pada hari jumaat pagi. Coz akad nikahnya pada waktu malam. So, tak la tergesa gesa sangat. Dalam perjalanan tu, Affan banyak tidur je dan Addin tak la meragam.

Kami pergi dalam 4 kereta je waktu tu. Tapi masih ade trip yang ke 2, gerak tengahari lepas solat jumaat. Siape? My along la, die ade meeting pagi tu, so tengahari la geraknya.

Yang pelik tu, kereta kami kat belakang sekali. Tapi kami yang sampai dulu. Pelik kot. Rupanye abah aku tu terlajak sampai ke taiping. Macamne la kan bole terlajak. Last last abah aku terus gi rumah kawan lame die, nak ajak sekali majlis angah ni.


So, keluarga aku sampai ke homestay dalam pukul3. Kami yang sampai awal memang dah kelaparan kat rumah. Tu yang my big sweet pooh belikan laksa and pisang goreng selepas solat jumaat. Fuh! Murah kot kat sane. 

Ohye, majlis belah perempuan ni kat Sauk perak.
After dah lame menunggu family sampai, petang tu pukul6 kami semua gi mandi manda di air terjun di Lata Kekabu. Best, air bersih. Tapi dah lewat sangat, nak dekat maghrib pun. Jadi sekejap jelah diorang mandi. Aku nak mandi pebendanye, Affan tu tido lak mase kat sungai tu. Herm..penat.

Oklah, sampai sini je dulu. Nanti aku story majlis esok tengahari tu lak. Tunggu la gamba ye. Majlis belah lelaki pulak pada 24hb Nov. So, excited kot aku ni. Hihi.. Alhamdulillah,  kawin jugak angah aku. 

Semoga kekal dan berpanjangan hubungan kedua memperlai hingga ke syurga.
In shaa Allah.
Wasalam.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun