19hb Jan- Morning to PPUM

Assalammualaikum.
Hai n selamat petang semua.

  Harini baru aku berpeluang nak update blog ni. Have to take time sebab 5hari tiada di rumah. Dari hospital-Port Dickson-Segamat-N.sembilan-back to Segamat. Jauh jugak perjalanan aku selama 5harini.

Ok, firstly pagi tu aku n husband ontheway pergi gerai untuk sarapan. My husband ni nak sangat makan laksa johor kat gerai tu. Memang kuah laksa die sedap, banyak guna ikan. Itu sebab die suka sangat sarapan pagi kat situ. Lagipun laksa tu tak selalu ade, cuma ade hari hari tertentu saje.

After habis makan kami dapat call dari Uda (abang ipar) yang memaklumkan yang isteri die sudah bersalin. Anak yang ke tiga. Aku dengar je terus jadi excited giler. Tak sabar nak tengok baby punye pasal. hahaha. So that morning kami terus pergi Hospital Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) selepas sarapan.

Sampai di sana dah pukul 10.55pagi, jalan tak la terlalu jem sangat, masih bergerak jugak la. Sampai sampai je aku terus tanya anak buah lelaki,"iman..dapat baby girl ke boy?". (Teruk betul, khabar pun tak sempat tanya,hihi..) Pastu aku tanya anak buah yang perempuan lak, "Wawa...dapat baby perempuan ke lelaki?". Cepat cepat die jawab,"Perempuan..". Aku dengar je lagi bertambah ke-excited-pan aku ni. Yelah, aku ni pun mengidam nak anak perempuan, mane boleh dengar. Makin jadi tak sabar nak tengok.

Tapi, kami sampai awal sangat. Waktu melawat lak pukul12, sejam jugak nak kena tunggu. So, sementara menunggu tu kami pun pergi ke taman permainan yang di sediakan di luar sebelah bangunan hospital tu. Seronok la anak aku, ade kawan kawan nak bermain.



Bila dah penat bermain di taman, anak aku tawaf pulak dalam bangunan. Habis semua orang die buli, asyik suruh orang kejar die je. Yang aku ni memang tak larat la, dengan perut lagi. Huh! Sungguh mencabar! hahaha. Nasib la ade Iman n Wawa, dorang jelah yang rajin mengejar.

Bile tepat pukul12, barulah kami dibenarkan melawat. Yang aku ni, tetiba berdebar je rase. Tak tahu la nape kan, mungkin terlebih seronok nak tengok baby kot. (seronok mengalahkan iman n wawa.) Dorang seronok nak dapat adik, tapi aku seronok nak dapat anak buah baru. (anak buah belah suami)


Sungguh terkejut tengok berat baby girl ni. 3.06kg. Berat juga bagi aku, sebab mase Addin dulu baru 2.78kg. Jauh betul perbezaannya, kan?



Putih melepak kulit die, tak puas aku tengok. Nak peluk, tapi anak orang. Takut lak nak pegang. hahaha.. Alahai...GERAMNYA!!! Tapi dapat juga cium sikit sikit. Jadilah...


Tak lame lagi, ni la menu aku nanti. Belum lagi dengan menu mase berpantang, memang menyayat hati betul lah. Rase macam nak cepat je bersalin dan berpantang. Tak suke.. Kesian juga aku kat kakak biras aku ni, sebab die kembar darah. Sakit bile kena kembar darah ni, tapi bila rase tak sabar nak teran, memang menduga kesabaran la sikit. Sabar sabar! Tu je yang boleh aku cakap. Hee..

Eh, baby girl ni dah ade name pilihan. Nur Iman Zulaika. Sesuai dengan tuan badan dan sesuai juga dengan name abang n kakak die. Anak sulung Muhammad Iman Haikal, Kedua Nur Iman Najwa dan baby girl Nur Iman Zulaika. Sesangat lah okay!


For kakak biras, semoga menjalani hari hari berpantang dengan sabar dan dengan senyuman. Semoga cepat sembuh dari luka luka dan kuatkan fizikal n mental untuk baby. Nanti turn aku pulak, entah macam mane la aku berpantang nanti. Mase Addin dulu pun agak sukar juga sebab pertama kali. Harap harap kali ni di permudahkan oleh NYA la. Insya Allah.

Oklah, hari pula hujan. Ingatkan nak gi pasar cari keropok lekor. hikhik. Apepun, alhamdulillah hari hujan. Takde lah orang nak merungut je bile cuace panas. kan?


Panjang jugak cerita kat PPUM ni. Belum lagi cerita kat PD. Takpe lah, nanti aku sambung cerita lagi. OK, bubye. Wasalam..

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

10 Ayat Pertama & Terakhir Surah Al Kahfi

Ulangtahun ke-2 di Sepang GoldCoast

Anniversary ke 6tahun